Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah


Print Email

Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Kuantan. Ia menyediakan lebih daripada lima penerbangan pergi balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan mampu mengendalikan lebih daripada 1 juta penumpang setahun. Lapangan terbang ini, yang sebelumnya dikenali sebagai Lapangan Terbang Geroda, dikendalikan oleh Malaysia Airports Holdings Sdn Bhd.

 
Lapangan terbang ini mempunyai kemudahan ulang-alik ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang  melalui Malaysia Airlines dan anak syarikat penerbangan murah Firefly. Selain itu, terdapat juga penerbangan sambung Malaysia Airlines dari lapangan terbang Paris-Charles De Gaulle, London-Heathrow dan Frankfurt-Germany ke Kuantan dengan lima ketibaan setiap hari dan pesawat berlepas lebih kurang lima kali seminggu.
 
Lapangan terbang itu juga digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia untuk mengendalikan pesawat MIG-29 dari pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia di Kuantan. Selain daripada kemudahan asas, bangunan terminal Sultan Ahmad Shah mempunyai agensi pelancongan dan pengembaraan, bank, restoran, kedai cenderamata menjual kraf tangan dan batik tempatan serta kedai runcit. Selain itu, perkhidmatan teksi dan kios maklumat mengenai pusat pelancongan juga ada di dalam bangunan terminal. 
 
Lapangan Terbang Yang Berdekatan:
 
Perkhidmatan dan Kemudahan  
Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh lapangan terbang ini ialah perkhidmatan kargo dalam negeri, pelabuhan bebas/zon perdagangan luar negeri, membaik pulih pesawat, pengendalian mekanikal, rumah mayat, kuarantin haiwan, pegawai kesihatan, kawalan keselamatan untuk barang berharga dan pusat penghantaran ekspres.
 
Agen pengendali kargo: Mas Cargo
 
Kemudahan Penumpang
Kemudahan penumpang di lapangan terbang ini termasuklah enam meja mendaftar masuk, dua pintu, dua laluan bagasi, 260 ruang letak kenderaan, ruang menunggu VIP, pertolongan cemas dan laluan/ kemudahan orang kurang upaya.
 
Maklumat Lapangan Terbang
Kedudukan 03°46´31"N, Ketinggian 18m (59 kaki), Waktu operasi 06:30-20:30 ( waktu tempatan) 24 jam (RMAF) 29E,  2 Terminal penumpang, 3 hentian pesawat.
 
Maklumat Perhubungan:
Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, 
25150 Kuantan, 
MALAYSIA. 
Tel: +60 (9) 531 2123
Faks: +60 (9) 538 201
 
Laman Web Berguna:
  1. Malaysian Airlines
  2. Firefly

 


Bookmark and Share
  • kuantan international airport
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution