Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Lawatan kerja Anggota Delegasi Kerajaan Negeri Pahang ke Jerman, Perancis dan United Kingdom pada 27 September 2015 – 05 Oktober 2015


Print Email


Lawatan teknikal Kerajaan Negeri Pahang yang bermula pada 27 September 2015 sehingga 5 Oktober 2015 telah dapat direalisasikan dengan jayanya melalui kerjasama antara Kerajaan Negeri Pahang dengan pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Pahang, Malaysia, MIDA Frankfurt, Jerman serta MIDA London, United Kingdom.
 
Lawatan yang diketuai oleh YB Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Abd Razak turut disertai oleh Pegawai Kewangan Negeri Pahang serta empat (4) orang ketua jabatan/ agensi kerajaan/ Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dari Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Pasdec Corporation Sdn Bhd, Tenaga Nasional Berhad (TNB)dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).
 
Objektif lawatan tersebut adalah bagi membuat lawatan susulan kepada pelabur-pelabur yang telah melabur di Negeri Pahang khususnya iaitu syarikat Elektrisola Eckenhagen, Jerman dan BASF HQ di Ludwidshafen, Jerman.
 
Objektif lain lawatan teknikal tersebut adalah untuk meninjau teknologi-teknologi perawatan air yang moden, maju dan berkesan oleh syarikat luar negara bagi menyelesaikan masalah kualiti air mentah di Negeri Pahang khususnya.


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution