Kerajaan Negeri Pahang telah menerima kunjungan daripada syarikat pelabur Multinasional, Eastman Chemicals pada 9 November 2017 dengan diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mr. Mark Costa serta Naib Presiden merangkap Pengarah Urusan Asia Pasifik, Mr. Gulferaz Ali. Tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk meninjau salah satu pusat pengeluaran mereka di Malaysia, Eastman Chemicals (M) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan. Eastman yang beribu pejabat di United States (US), telah ditubuhkan pada 29 Julai, 1993, syarikat ini merupakan syarikat global yang khusus dalam menghasilkan pelbagai bahan kimia termaju yang digunakan dalam produk seharian.
Pihak Eastman telah memperluaskan pelaburan mereka dengan mengintegrasikan tapak milik Flexsys Chemicals Malaysia, yang terletak berhampiran dengan kilang Eastman pada tahun 2012.
Memandangkan ini merupakan satu lawatan kerja yang singkat iaitu hanya dalam tempoh tiga (3) jam di Kuantan, Pahang, maka Ketua Pegawai Eksekutif PKNP berbesar hati supaya satu perjumpaan ringkas diadakan di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan sebagai tanda penghargaan di atas kunjungan mereka ke Negeri Pahang disamping memberi tanda hormat diatas kepulangan mereka.
|