Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Lawatan Promosi Pelaburan Oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) Ke Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang


Print Email


PKNP telah dikunjungi oleh delegasi daripada Japan International Corporation Agency (JICA) dan The Investment and Export Promotion Agency (APIEX) dari Republik of Mozambique pada 4 Mac 2019 yang lalu yang merupakan salah satu slot daripada lawatan kerja mereka ke Malaysia selama 2 minggu.

Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi peranan The Investment and Export Promotion Agency (APIEX) yang bertindak sebagai Agen Promosi Pelaburan di Republik of Mozambique. Selain itu, kunjungan mereka ke PKNP juga adalah untuk mendapatkan maklumat tentang peranan dan tanggungjawab PKNP sebagai agen promosi pelaburan dalam sektor perkilangan/perindustrian di Negeri Pahang bagi tujuan penambahbaikan peranan agensi mereka dari semasa ke semasa.

Sesi taklimat telah berlangsung di pejabat PKNP dan dipengerusikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, YH. Dato’ Hajah Khalijah binti Abdul Malek. Selesai sesi taklimat, delegasi telah dibawa melawat ke projek Taman Industri Nasional Pertama di Malaysia, Malaysia-China Kuantan Industrial Park ( MCKIP) dan seterusnya ke Pelabuhan Kuantan bagi melihat kerja-kerja naiktaraf pelabuhan Kuantan yang sedang di peringkat akhir pelaksanaan.


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution