Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Bentong Perlu Bandar Baru, Titah Tengku Abdullah


Print Email

BENTONG, 17 Ogos (Bernama) -- Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta kerajaan Pahang menjalankan kajian bagi mewujudkan sebuah bandar baru yang lebih terancang di daerah ini.

Titah baginda langkah itu perlu bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar Bentong yang menyebabkan tekanan kepada penduduk.

"Penduduk daerah ini terutamanya mereka yang tinggal di bandar Bentong bukan saja terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas di musim perayaan tetapi pada hari-hari biasa dan hujung minggu.

"Saya sendiri terkejut dengan keadaan kesesakan yang berlaku semasa dalam perjalanan ke program ini, namun bernasib baik ada polis membantu dan akhirnya berjaya sampai pada waktu dijanjikan," titah baginda pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di pekarangan Masjid Daerah Bentong Selasa malam.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Kesihatan yang juga Anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Baginda juga mahu kerajaan Pahang memanfaatkan sepenuhnya kedudukan bandar Bentong yang hampir dengan Kuala Lumpur, khususnya daripada segi pembangunan infrastruktur.

Kedudukan bandar Bentong yang strategik mampu menjana lebih banyak pembangunan di kawasan sekitar dan seterusnya memberi impak positif kepada rakyat, titah Tengku Abdullah.

Baginda juga yakin kerajaan negeri sentiasa menjaga kepentingan rakyat di Pahang dengan melaksanakan pelbagai projek pembangunan termasuk pembinaan jalan berkembar dari Lipis Ke Bentong.

Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution