Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Drb-Hicom Rancang Capex Hingga RM1 Bilion Bagi TK2012


Print Email

SHAH ALAM, 8 Sept (Bernama) -- DRB-Hicom Bhd merancang perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM700 juta hingga RM1 bilion bagi tahun kewangan semasa berakhir Mac 2012, kata Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.

Perbelanjaan modal itu terdiri daripada pelaburan bagi pemasangan Volkswagen Passat, kenderaan perisai pacuan lapan roda, pembangunan prasarana di kolej universiti automotif di Pekan dan pembangunan harta.

Bagaimanapun, kata Mohd Khamil, perbelanjaan modal itu tidak termasuk dalam program penggabungan dan pengambilalihan (M&A), strategi yang dipilih oleh kumpulan itu untuk merangsang pertumbuhan masa depan.

Ditanya tentang sasaran M&A, beliau berkata: "Saya belum dimaklumkan oleh perancang korporat saya apakah sasaran M&A mereka", sambil menambah sebarang cadangan M&A seharusnya menambah nilai dan bersinergi dengan model perniagaan.

Mohd Khamil berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan DRB-Hicom di sini Khamis.

Menjawab soalan sama ada DRB-Hicom sedang mengkaji untuk mengadakan M&A dengan Proton Holdings Bhd, Mohd Khamil berkata membeli Proton merupakan satu sinergi kerana ia adalah rakan kongsi perniagaan DRB-Hicom yang penting dan baik memandangkan 60 peratus pendapatan DRB-Hicom disumbangkan oleh usaha niaga dengan Proton.

Namun demikian, kata Mohd Khamil, selepas membeli Pos Malaysia Bhd, DRB-Hicom mahu terlebih dahulu memberikan tumpuan kepada usaha menyingkap potensi sinergi dalam operasi kumpulan dengan membina model perniagaan yang baik untuk meningkatkan keuntungan kendaliannya.

Menyentuh satu perkembangan lain, Mohd Khamil berkata DRB-Hicom merancang untuk mengumpul RM1 bilion hingga RM1.7 bilion dalam lima tahun akan datang apabila kumpulan itu memulakan fasa kedua rancangan pertumbuhan lima tahunnya yang bermula pada 2006.

"Kami sedang mengkaji semua pilihan termasuk sukuk (bon Islam). Kami sedang mengkaji program itu sekarang, dalam tahun ini atau tahun depan (untuk memulakan program itu)," katanya.

Mohd Khamil berkata dana itu akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan modal, termasuk bagi pembesaran kilang pemasangan kereta di Pekan bagi pemasangan Volkswagen Passat, kampus kolej antarabangsa pembuatan kereta dan untuk membiayai sebahagian daripada pembelian Pos Malaysia Bhd.

Pelancaran pertama kereta-kereta Volkswagen yang dipasang di Malaysia akan dilakukan pada November dari kilangnya di Pekan, manakala kolej automotif mungkin mengambil kumpulan pelajar pertamanya menjelang pertengahan tahun depan.

Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution