Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Universiti Al-Azhar Berhasrat Wujudkan Pusat Islam Arab Di Pahang


Print Email

KAHERAH, 24 Sept (Bernama) -- Institusi pengajian tinggi tertua di dunia, Universiti Al-Azhar berhasrat menubuhkan Pusat Islam Arab di Pahang bagi membantu pelajar di Malaysia menguasai bahasa Arab dengan lebih berkesan.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata perkara itu dimaklumkan dalam pertemuan beliau dengan Pemangku Presiden universiti itu, Prof Dr Mohammed Hassaan Awad di sini.

Adnan yang sedang dalam rangka lawatan kerja selama empat hari ke Mesir berkata Universiti Al-Azhar secara dasarnya bersetuju menghantar para ilmuan mereka ke Pahang bagi mengajar bahasa Arab khususnya kepada pelajar sekolah agama.

"Perkara ini akan dibincangkan secara lebih mendalam dalam mesyuarat kerajaan negeri akan datang dan saya akan turut maklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) berhubung cadangan Universiti Al-Azhar itu," katanya kepada pemberita di sini.

Adnan berkata bagi Pahang, penubuhan pusat itu mampu membantu memperkasa penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar di negeri itu yang kekurangan tenaga pengajar khususnya dari negara Timur Tengah.

Ketika ini, katanya terdapat 14 guru bahasa Arab dari Arab Saudi di Pahang hasil usaha Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

"Kita lihat penguasaan bahasa Arab pelajar mula meningkat hasil didikan mereka yang benar-benar pakar dalam bahasa berkenaan," katanya.

Adnan berkata beliau juga dimaklumkan bahawa Universiti Al-Azhar telah membuka satu kuliah khusus bagi membantu pelajar Malaysia yang kurang mahir menguasai bahasa Arab.

Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution