Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

SKMM Sasar 50 Peratus Penembusan Jalur Lebar Di Pahang


Print Email

KUANTAN, 3 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyasarkan kadar penembusan jalur lebar sebanyak 50 peratus di seluruh Pahang menjelang akhir tahun 2012.

Pengarah Wilayah Timur SKMM Mohd Shafie Harun berkata 127 buah lagi menara telekomunikasi akan disiapkan menjelang tahun 2012 bagi mencapai sasaran itu.

"Kita berharap menerusi sasaran itu, lebih ramai masyarakat mendapat pelbagai maklumat dengan pantas," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Mohd Shafie berkata penggunaan telefon selular juga disasarkan mencapai tahap 95 peratus menjelang tahun 2012.

"Ketika ini hanya 90 peratus kawasan yang mendapat liputan untuk penggunaan telefon selular, terdapat kawasan-kawasan tertentu yang belum mendapat liputan sepenuhnya seperti di kawasan perkampungan Orang Asli, dan dengan siapnya 127 menara itu nanti, kita yakin penggunaan telefon selular di seluruh Pahang akan mencapai sasaran itu," katanya.

Mohd Shafie juga berkata SKMM menghadapi kesukaran dalam membanteras jenayah siber khususnya yang melibatkan penipuan orang ramai.

"Sepanjang tahun ini sebanyak sembilan kes dilaporkan, dan kita menghadapi kesukaran untuk mengesan sindiket terbabit. Apa yang penting, orang ramai perlu bijak dan tidak mudah terjebak dengan tawaran pelbagai hadiah lumayan menerusi emel, sms atau tawaran menerusi online," katanya.

Beliau berkata SKMM akan bekerjasama dengan pihak polis dan syarikat telekomunikasi dalam usaha membanteras jenayah siber berkenaan.

Terdahulu, Mohd Shafie yang mewakili Jawatankuasa Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Pahang, menyampaikan sumbangan kepada keluarga jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan di Somalia baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan kepada Ketua Biro Bernama Pahang Mohd Shukri Ishak yang mewakili keluarga Allahyarham.

Noramfaizul, 39, terkorban setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putra 1Malaysia.

Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution