Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

IIUM Patut Jadi Universiti Penyelidikan Terkemuka - Sultan Pahang


Print Email

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah mahukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) bergiat ke arah menjadi universiti penyelidikan yang terkemuka di negara ini.

Baginda selaku Ketua Perlembagaan IIUM bertitah, ini dapat dijayakan secara menanamkan hasrat mengeluarkan hasil penyelidikan dan pembangunan berkualiti dan adanya daya kreatif serta inovasi di kalangan pensyarah dan pelajar.

Titah baginda IIUM perlu melahirkan aliran minda dinamik meningkat kepada perolehan pengetahuan menuju peringkat kecermerlangan lebih tinggi.

"Transformasi yang dibawakan kerajaan Malaysia sekarang sebenarnya selari dengan perubahan dinamik lanskap dunia, dan IIUM mesti berada di hadapan perlumbaan tersebut atau menerima akibat menjadi tidak lagi relevan," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bertitah dalam ucapan perasmian konvokesyen IIUM ke-27 di kampus utama universiti itu di Gombak, dekat sini.

Ucapan baginda dibacakan oleh Presiden IIUM Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang juga Ketua Setiausaha Negara.

Seramai 3,691 graduan dan 971 pelajar pasca siswazah akan menerima izajah di upacara selama tiga hari itu.

Sultan Ahmad Shah bertitah selain bercita-cita menjadi universiti penyelidikan terkemuka, IIUM mesti mencapai keunggulan dan menjadi pusat perlaksanaan Syariah, sektor kewangan dan perbankan, hab industri halal serta khidmat bantuan berkaitan yang merupakan pertumbuhan pasaran akan datang.

Titah baginda, bagi mencapai sasaran tersebut plan strategi menyeluruh untuk modal insan dalam suasana dinamik sangat diperlukan jika tidak instutusi pengajian tinggi atau pusat intelektual lain akan mengambiln alih.

"Kita akan kekal relevan kerana pegangan kita sentiasa terhadap kepercayaan, ilmu pengetahuan dan sifat mulia. Lanskap pendidikan menyeluruh ini akan menjadi penyelamat umah sederhana dan dunia amnya," tambah baginda.

Mengenai rangkaian media sosial alternatif, Sultan Ahmad Shah bertitah ia telah membebaskan minda golongan muda daripada ortodoks dengan demikian pendekatan pelbagai cara dan kreatif terhadap ilmu pengetahuan mestilah dirangka.

"Walaupun ada anjakan baharu, kita mestilah jangan lupa kepada akar umbi, sejarah lampau kita yang menentukan perkembangan sekarang dan yang lebih penting masa depan kita.

"Perjalanan masa depan 'universiti kehidupan' adalah sukar namun dengan adanya nilai menyeluruh terhadap hidup, di samping sistem nilai keislaman yang terpahat dalam diri kita, semuanya akan berjaya," tambah baginda lagi.

Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution