Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Minyak Sawit, Kayu Dan Halal Hub Malaysia Berpotensi Di Arab Saudi


Print Email

JEDDAH, 21 Okt (Bernama) -- Minyak sawit, kayu-kayan serta perabot dan hab halal merupakan antara produk dari Malaysia yang dilihat cukup berpotensi untuk berkembang lebih pesat dalam pasaran Arab Saudi.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Mohd Khalid Abdul Razak berkata usaha mempromosi produk-produk ini bagaimanapun perlu ditingkatkan lagi memandangkan peluangnya cukup besar di sini.

Beliau berkata hab halal yang diketengahkan oleh Malaysia sangat sesuai dipromosi lebih agresif di sini, lebih-lebih lagi 70 peratus daripada keperluan barang makanan di Arab Saudi, diimport.

Selain itu katanya, sektor pelancongan Malaysia juga berpotensi besar untuk berkembang sekiranya lebih banyak pakej pelancongan yang menarik ditampilkan, khusus untuk pelancong Arab.

"Tahun lepas, kira-kira 87,000 pelancong dari Arab Saudi tiba di Malaysia dan tahun ini, menerusi promosi yang lebih hebat, jumlahnya diharap dapat ditingkatkan lagi," katanya kepada kumpulan media Tabung Haji ketika ditemui selepas satu majlis forum di sini Jumaat.

Beliau berkata pejabat Konsulat Jeneral di Jeddah menempatkan dua agensi utama untuk merealisasikan usaha ini di sini iaitu pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Tourism Malaysia.

Sementara itu, Mohd Khalid berkata jumlah dagangan antara Arab Saudi dan Malaysia tahun lepas mencecah US$2.9 bilion (US$1=RM3.10) dengan perdagangan memihak kepada Arab Saudi.

Katanya Arab Saudi turut menawarkan peluang luas dalam bidang penyediaan perkhidmatan bagi kumpulan pekerja berkemahiran tinggi, terutama dalam projek pembangunan Mekah.

Beliau berkata sebagai contoh, jurutera pakar yang terbabit dalam pembangunan menara jam Abraj Al-Bait di Mekah ialah seorang pemuda kelahiran Melaka, selain kumpulan 144 petugas Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang diberi kepercayaan mengendalikan stesen-stesen Mecca Metro pada musim haji ini.

Katanya banyak lagi tenaga mahir anak Malaysia yang terbabit dalam pelbagai projek di Mekah, terutama dalam projek perluasan Masjidil Haram, yang bekerja dengan syarikat dari luar negara.


Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution