Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Halfest Catat 287 Sesi Padanan Perniagaan & 122 Potensi Peluang Pembekal


Print Email

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Sebanyak 287 sesi padanan perniagaan dan 122 potensi peluang pembekal berlangsung pada seminar mengenai Sesi Padanan Perniagaan dan Hubungan Dagangan anjuran Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

Seminar berkenaan dianjurkan bersempena Halal Fiesta Malaysia (HALFEST 2011) pada 14 Okt di sini, demikian menurut HDC dalam satu kenyataan Jumaat.

Semasa sesi padanan itu, HDC mempelawa 11 syarikat utama daripada empat sektor utama iaitu runcit, hotel, penerbangan dan perdagangan.

Seminar itu khusus untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat dalam perniagaan produk halal, kata HDC.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin berkata acara berkenaan bertujuan untuk membantu PKS mengukuhkan pasaran produk halal mereka melalui program yang disediakan oleh HDC, seperti Program Transformasi Perniagaan.

Syarikat yang mengambil bahagian ialah Giant, Mydin, Aeon (Jusco), Malaysia Airlines, AirAsia, Glocal Link, Penang Port, manakala hotel yang menyertai termasuk Concorde, De Palma, Nouvelle dan Angkasa.

Sejumlah 80 PKS mengambil peluang untuk mempamerkan produk dan keunikan mereka pada acara tersebut.
   
Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution