Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Kawasan seluas 245 hektar untuk bandar baru kedua Lipis - 24 Okt 2011


Print Email

KUALA LIPIS: Kawasan seluas 245 hektar berdekatan Bandar Baru di seberang Sungai Lipis dicadangkan bagi pembangunan bandar baru kedua Lipis.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Fong Koong Fuee, berkata antara projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan itu ialah projek perumahan rakyat, premis perniagaan, kawasan industri ringan, kompleks sukan, taman awam dan reakrasi.

"Kawasan itu berhampiran FELDA Gugusan Kecau dan apabila dibangunkan kelak, sudah tentu akan memesatkan ekonomi penduduk sekitarnya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Cheka berkata, projek pembangunan bandar baru kedua itu sudah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia ke-11.

"Kerajaan memerlukan perancangan yang teliti sebelum projek itu dilaksanakan kerana ia membabitkan peruntukan besar, kerajaan juga akan mengambil kira kepentingan rakyat setempat," katanya. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution