Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Malaysia Bakal Tarik Pelabur Dengan Bluprint Tadbir Urus Korporat


Print Email

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Malaysia dijangka menjadi destinasi terkemuka bagi pelabur dengan pelaksanaan rangka tindakan (bluprint) awal tahun depan, kata Naib Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG), Margaret Chin.

Beliau berkata pelabur-pelabur sedang mencari negara yang ada rangka kerja tadbir urus korporat yang canggih.

"Dengan pelaksanaan bluprint ini, pelabur-pelabur akan berasa selamat kerana aset mereka dilindungi sepanjang masa dari pelbagai aspek.

"Kita juga ada pegawai yang mahir untuk melaksanakan bluprint ini dan pastinya jika kita lakukannya dengan cepat, kita akan berada di baris hadapan untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing ke negara kita," katanya kepada pemberita di luar acara bengkel mengenai penipuan penyata kewangan dan pengesanan tanda-tanda amaran bagi pengarah dan pegawai syarikat senaraian awam dan agensi kawal selia kerajaan anjuran institut itu di sini Isnin.

Rangka tindakan itu, yang dilancarkan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah pada 8 Julai, menyediakan pelan tindakan untuk meningkatkan mutu tadbir urus di Malaysia dengan memperkukuh disiplin kendiri dan pasaran serta menggalakkan penghayatan budaya tadbir urus yang baik.

Ia memberikan tumpuan kepada enam tema berkaitan ekosistem tadbir urus korporat iaitu hak pemegang saham, peranan pelabur institusi, lembaga , badan pengawas dan pihak berpengaruh, penzahiran dan ketelusan serta penguatkuasaan awam dan swasta.

Bengkel yang dihadiri oleh 150 pengarah itu bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan peserta tentang muslihat penipuan dan mewujudkan kesedaran serta mengesan dan mengenali isyarat bahaya jauh lebih awal untuk mengelakkan bencana.

Beliau berkata untuk mengelakkan penipuan daripada berlaku, pengarah perlu memberikan perhatian yang mencukupi kepada pemberi maklumat yang tampil ke hadapan untuk mendedahkan perbuatan menipu dalam sesebuah syarikat.

"Satu inisiatif utama untuk mengelakkan penipuan ialah memberi maklumat; tanpa maklumat daripada pemberi maklumat kita tidak akan temui kes-kes besar seperti skandal Enron," katanya.


Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution