Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

MITI Akan Serah Baki RM3.3 Juta Untuk Perbaiki Prasarana Industri Pahang


Print Email

MITI Akan Serah Baki RM3.3 Juta Untuk Perbaiki Prasarana Industri Pahang
 
KUANTAN, 6 Mac (Bernama) -- Baki sebanyak RM3.3 juta untuk memperbaiki prasarana di tiga kawasan industri di negeri ini akan diserahkan dalam masa terdekat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
 
Beliau berkata kementeriannya sebelum ini telah meluluskan peruntukan RM4.8 juta untuk tujuan itu, yang mana RM1.5 juta telahpun diserahkan kepada kerajaan negeri ini.
 
"Kita lihat infrastruktur di kawasan perindustrian di negeri ini dalam keadaan yang tidak terurus, jalan raya sudah berlubang sana sini, ada longkang tersumbat.
 
"Justeru kita setuju untuk memberikan peruntukan berkenaan sebagai usaha bersama antara MITI (kementerian)dan kerajaan Pahang untuk meningkatkan kemudahan prasarana bagi menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri, di sini hari ini.
 
Sementara itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut hadir, berkata peruntukan tersebut adalah selaras dengan permintaan kerajaan negeri yang mahu memperuntukkan kira-kira RM1 juta untuk tiga kawasan perindustriannya iaitu Gebeng, Pekan dan temerloh.
 
"...kita yakin dengan peningkatan sistem prasarana di ketiga-tiga kawasan perindustrian ini lebih banyak pelaburan asing dan tempatan akan masuk ke Pahang," katanya.
 
Mengulas mengenai penutupan loji air di Kuala Terla, Cameron Higlands, Adnan berkata Perbadanan Air Pahang telah mewujudkan satu jawatankuasa bagi menyiasat punca sebenar pencemaran air di loji itu.
 
"Yang pasti memang ada unsur-unsur keracunan, tapi kita tak tahu lagi sama ada racun itu sebab orang menuba ikan atau racun rumpai...kita juga tidak menolak mungkin ada unsur-unsur perlombongan haram di kawasan sekitar loji yang membawa kepada keracunan air di loji tersebut," katanya.
 
Sebelum ini penduduk di beberapa kawasan di Kampung Raja, Cameron Highlands keputusan bekalan air apabila loji air di Kuala Terla ditutup sementara, bagi menyiasat sama ada air di loji itu beracun atau tidak apabila banyak ikan dijumpai mati di kawasan sungai berdekatan.
 
Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution