Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Kajian Kebolehlaksanaan Laluan Rel Pantai Timur Kini Siap - PM


Print Email

KUALA LUMPUR 31 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kajian kebolehlaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRR), yang merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan kini siap dilaksanakan.
 
Perdana Menteri berkata ECRR itu akan dilaksanakan mengikut fasa, mulai Fasa 1, yang merangkumi landasan rel sejauh 109 km dari Kertih ke Kuantan.
 
Cadangan laluan sepanjang 600 km itu, dirancang menghubungkan Kuala Lumpur ke Tumpat di Kelantan, melalui Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.
 
"Projek ECRR ini akan mempunyai kesan yang signifikan dari segi meningkatkan kesalinghubungan antara ECER dan pantai barat
 
Semenanjung Malaysia dan mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi kawasan di Wilayah ini," katanya dalam satu kenyataan.
 
Najib, yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), sebelum itu mempengerusikan mesyuarat majlis kedua ECERDC bagi tahun ini di sini hari ini.
 
Perdana Menteri berkata Fasa 1 ECRR akan membantu memperbaiki rangkaian hubungan antara pelbagai kawasan perindustrian di Zon Ekonomi Khas ECER (ECER SEZ), seperti Taman Halal Gambang, Taman Pembaikan Bot dan Pangkalan Bekalan Kemaman, Kompleks Petrokimia Bersepadu Gebeng, Taman Automotif Pekan, Kelompok Industri Minyak Sawit, dengan Pelabuhan Kuantan, sekaligus membantu meningkatkan daya saing pelabuhan tersebut.
 
"Sistem rel yang dicadangkan untuk wilayah Pantai Timur ini juga berupaya merangsang pelaburan di ECER kerana pelabur dapat mengurangkan kos perniagaan melalui penggunaan mod pengangkutan yang lebih efektif dari segi kos dan kecekapan serta bersifat mesra alam sekitar," kata Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan.
 
Menurut laporan berita, kajian kebolehlaksanaan ECRR itu bermula pada 2009. 
 
Sumber: Utusan Malaysia Online


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution