Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

DRB-Hicom Dijangka Guna Honda, Volkswagen Sebagai Asas Pengembangan Serantau, Kata HWANGDBS


Print Email

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- DRB-Hicom Bhd kini sedang merancang melakukan pengembangan serantau menggunakan Honda dan Volkswagen sebagai batu loncatannya, kata HWANGDBS Vickers Research Sdn Bhd.
 
Dalam satu nota penyelidikan, HWANGDBS Vickers berkata keputusan Honda Japan menjadikan Malaysia sebagai hub pengeluaran serantaunya bagi kenderaan hibrid kena pada masanya, kerana ia menjangka mendapat aliran insentif bagi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) di dalam Dasar Automotif Negara (NAP).
 
Sementara itu, kapasiti Volkswagen di Pekan (Pahang) akan dipertingkatkan secara progresif sehingga 50,000 unit antara 2017 hingga 2018, yang membuka jalan bagi pengeksportan ke pasaran Asean.
 
Tiga variasi - iaitu Passat, Jetta dan Polo - akan dikeluarkan yang menjadikan Malaysia hub serantau bagi kenderaan penumpang.
 
Mengenai urus niaga pertahanan DRB-Hicom, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) kini bersedia melancarkan prototaip pertama 247 unit kenderaan berperisai pada tahun depan, yang membolehkan pencapaian pendapatan kukuh dari kontrak RM7.55 bilionnya mulai dari tahun kewangan 2014.
 
Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution