Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Camco Sea Akan Bina Loji Biogas AS$4 Juta Di Pahang


Print Email

NEW DELHI, 14 Ogos (Bernama) -- Camco Southeast Asia (Camco SEA), satu usahasama antara Khazanah Nasional Bhd dan Camco International Ltd, akan melaksanakan satu projek tenaga bersih biogas bernilai US$4 juta di Palong Pahang.
 
Khazanah mempunyai pegangan 40 peratus di dalam Camco SEA dan 23.6 peratus kepentingan di dalam Camco International Ltd, satu peneraju global projek tenaga bersih dan penyelesaiannya bagi mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.
 
Camco International disenaraikan di Pasaran Pelaburan Alternatif Bursa Saham London.
 
Projek biogas 2.0 megawatt itu akan ditempatkan di kilang minyak sawit utama di Palong, Pahang, dan akan menggunakan kaedah "penghadaman anaerobik" bagi mendapatkan semula biogas yang mengandungi metana dari Efluen Kilang Minyak Sawit (POME).
 
"Camco SEA akan meneruskan pembinaan projek itu yang dijangka siap pada awal 2013.
 
"Kos keseluruhannya dijangka dibiayai oleh Camco SEA yang membangunkan projek itu sehingga siap yang dijangka berharga kira-kira US$4 juta," kata Pengarah Urusan Camco SEA Kent Carter dalam satu kenyataan.
 
Pengambilalihan projek biogas Palong itu akan mengukuhkan lagi kedudukan pasaran Camco SEA di dalam perniagaan pembangunan biogas, yang merupakan salah satu pembangunan tenaga boleh diperbaharui paling pantas berkembang di rantau ini, katanya.
 
Kent berkata, projek itu yang dibiayai secara langsung dari sumber tunai sedia ada dalam Camco SEA, akan menjadi antara yang terbesar sepertinya sehingga ini bagi menjana elektrik bagi dibekalkan ke grid negara Malaysia.
 
Camco SEA telah mendapatkan hak untuk memajukan projek itu melalui pengambilalihan Biopower Climate Care Holding Sdn Bhd, satu anak syarikat milik penuh Rhodia Energy GHG (France).
 
Bahan terbuang, termasuk POME, dari lebih 1,000 ladang kelapa sawit di rantau ini adalah isu signifikan bagi pemilik ladang, komuniti tempatan dan rantau ini secara umumnya dan menyumbang secara signifikan terhadap buangan keseluruhannya.
 
Berikutan itu, kerajaan Malaysia baru-baru memperkenalkan tarif suapan tenaga boleh diperbaharui sebagai satu insentif bagi menggalakkan penukaran bahan buangan menjadi kuasa dan ia dijangka, dalam tempoh beberapa tahun akan datang, pengeluar minyak sawit akan menerima tekanan untuk mengurangkan hasil buangan dari proses pengeluaran masing-masing.
 
Projek itu sedang dibangunkan di bawah perjanjian 13 tahun bina-miliki-kendali-pindah, di mana pemilik kilang akan menyediakan bahan suapan POME yang mencukupi secara percuma yang meliputi tempoh kontrak itu sepenuhnya.
 
Sebaik beroperasi, loji itu akan menjana perolehan dari jualan elektrik ke grid berkenaan dan dari jualan kredit karbon di bawah mekanisme pembangunan bersih Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
 
Pemilik kilang akan menerima sebahagian jualan kuasa dan karbon di bawah perjanjian perkongsian perolehan.
 
Bahan elektrik akan dijual ke grid melalui perjanjian pembelian kuasa tenaga diperbaharui yang akan disalurkan ke syarikat utiliti Malaysia di bawah tarif suapan tenaga diperbaharui yang menetapkan jaminan harga permulaan bagi tempoh pelaksanaan projek itu.
 
Projek Palong itu adalah satu mercu tanda penting bagi Camco SEA dan mencerminkan satu langkah signifikan bagi mencapai matlamat pembangunan dan memiliki satu portfolio pengeluaran kepada projek tenaga di seluruh Asia Tenggara.
 
Dengan jangkaan adanya banyak projek masa depan dan kepakaran pembangunan projek yang sifnifikan dan pengetahuan tempatan, Camco SEA berada pada kedudukan yang baik bagi melaksanakan strategi dan menjadi pemain peneraju di dalam pengeluaran pasaran tenaga di rantau ini.
 
Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution