Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Miti Bantu Lebih Banyak Produk PKS Masuki Pasaran Antarabangsa


Print Email

SUNGAI PETANI, 21 Jun (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan membantu lebih ramai usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memasarkan produk masing-masing ke luar negara kerana banyak produk PKS mempunyai kualiti yang baik untuk dieksport.
 
Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kini bukanlah sesuatu yang pelik untuk melihat produk PKS dieksport memandangkan sudah banyak produk PKS mempunyai permintaan di luar negara.
 
Katanya produk PKS bukan hanya dieksport di rantau Asean tetapi sudah sampai ke China dan negara-negara di Asia Barat.
 
"Kita memang galakkan (untuk produk PKS dieksport). Di bawah kita, ada Matrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) yang akan membantu mereka ke pasaran luar," katanya kepada Bernama selepas menutup Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana (HUMKS) peringkat negeri Kedah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini petang semalam.
 
HUMKS negeri Kedah yang bertemakan Jom Niaga berlangsung selama dua hari dan berakhir semalam.
 
Beliau berkata PKS telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini tetapi sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara masih rendah.
 
"Sumbangan kepada KDNK hanya 32 peratus. Sasaran kita untuk sekurang-kurangnya 42 peratus menjelang 2020," katanya.
 
Mukhriz berkata Miti menerusi agensinya, SME Corporation (SME Corp) sehingga kini telah berjaya mengadakan tujuh HUMKS yang membawa pihak-pihak yang berkaitan bertemu dengan usahawan mikro, kecil dan sederhana.
 
"Tiga daripadanya adalah yang berskala besar iaitu di Bachok, Kelantan pada 23 April, Shah Alam, Selangor pada 10 Mei dan di Merbok (19 hingga 20 Jun). Empat lagi dalam skala kecil iaitu di Ayer Keroh, Melaka pada 17 Mei, Tawau Sabah pada 21 dan 22 Mei, Miri, Sarawak pada 26 dan 27 Mei serta Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang pada 28 Mei," katanya.
 
Beliau berkata HUMKS menjadi pusat sehenti yang menghimpunkan para usahawan serta pihak terlibat yang dapat membantu mereka seperti agensi-agensi kerajaan.
 
"Walau pun agensi-agensi kerajaan kerap membuat program promosi, ia masih tidak mencukupi. Jadi bila ada program besar seperti ini ramai hadir. Semua yang terlibat dalam keusahawanan sama ada bawah Miti atau tidak tampil dengan pakej-pakej bantuan. Ia memberi keselesaan kepada peniaga."
 
"Yang datang pun bukan hanya di kalangan orang yang sudah menjadi usahawan tetapi juga yang sedang mengintai-intai dan hendak terokai peluang dalam bidang usahawan."
 
"Ramai yang datang jumpa agensi kerajaan dan usahawan. HUMKS Di Merbok ini antara tarikannya adalah perbincangan kumpulan kecil dengan usahawan berjaya," katanya.
 
Mukhriz berkata sambutan baik yang diterima pada tujuh HUMKS menyebabkan ada negeri yang meminta diadakan program itu di tempat mereka dan Miti sedang mempertimbangkannya."
 
"Kalau tidak dapat buat besar seperti di Merbok ini, saiz kecil mungkin boleh dibuat. Di Merbok sahaja kedatangan pengunjung untuk dua hari hampir 30,000 orang dengan jumlah jualan para peserta iaitu 325 gerai oleh syarikat mikro, kecil dan sederhana kira-kira RM750,000," katanya.
 
HUKMS di Bachok mencatatkan 200 gerai dengan jumlah pengunjung 15,000 orang dan jualan RM300,000 manakala di Shah Alam adalah 348 gerai dengan jumlah pengunjung 20,000 dan jumlah jualan RM900,000.
 
HUKMS di Miri melibatkan 140 gerai dengan pengunjung 10,000 orang dan jualan RM100,000. Sementara itu HUMKS di Ayer Keroh hanya diadakan seminar melibatkan 311 peserta dan di Tawau disertai 470 peserta manakala HUMKS di Jengka hanya diadakan bengkel disertai 300 syarikat.
 
Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution