Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Lima Kerjasama Bernilai Lebih RM3 Bilion Ditandatangani Di BIO Boston


Print Email

BOSTON, 20 Jun (Bernama) -- Lima kerjasama dan perkongsian antara firma-firma bioteknologi Malaysia dan antarabangsa dengan pelaburan bernilai lebih RM3 bilion telah dimeterai semasa BIO Boston pada Selasa.
 
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata pelaburan berkenaan dijangka masuk dalam tiga hingga lima tahun akan datang.
 
Ongkili, yang mengetuai delegasi 80 anggota ke Konvensyen Antarabangsa BIO -BIO Boston 2012, berkata perjanjian itu menunjukkan bahawa inisiatif kerajaan untuk menggalakkan aktiviti pengkomersilan industri ini telah membuah hasil.
 
"Banyak syarikat telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat BioNexus kita.
 
"Ada yang meninjau rakan kongsi, manakala yang lain berjumpa dengan kita untuk mengetahui tentang pakej insentif dan bantuan.
 
"Mereka mahu memastikan bahawa jika mereka berada di Malaysia, sama ada dalam pembuatan, penyelidikan dan pembangunan serta program-program lain, ia boleh direalisasikan," kata beliau kepada wartawan Malaysia selepas merasmikan Pavilion Malaysia di BIO Boston 2012 di sini.
 
Antara perjanjian kerjasama itu adalah antara kerajaan negeri Terengganu, Malaysian Biotechnology Corp (BiotechCorp), Pusat Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan GEVO Inc untuk mendirikan kilang di Kertih bagi menghasilkan karbohidrat dan isobutanol daripada biojisim kayu dengan anggaran pelaburan sebanyak RM1.65 bilion.
 
Satu lagi perjanjian terlibat dalam ujian klinikal bersama serta lesen dan pengedaran antara unit Chemical Co of Malaysia Bhd, Duopharma (M) Sdn Bhd, dengan firma Korea Selatan, PanGen Biotech Inc untuk ujian klinikal perintis Eritropoietin (EPO) untuk merawat pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang peringkat akhir.
 
Peranan EPO adalah untuk meningkatkan sel darah merah.
 
Ujian klinikal itu, yang akan mengambil masa setahun, akhirnya akan menyaksikan Duopharma mendapat hak pengkomersilan bagi pemasaran dan pengedaran produk di Malaysia, Singapura dan Brunei.
 
Ongkili berkata selain daripada itu, dua syarikat asing yang terlibat dalam akuakultur udang karang di Sabah dengan pelaburan antara RM1 bilion dan RM2 bilion diberikan status BioNexus.
 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal berkata dengan adanya koridor ekonomi, agensi itu merancang untuk membina taman inovasi atau taman bioteknologi dalam setiap koridor sebagai strategi masa depan bagi menarik lebih banyak pelabur asing.
 
"Selain dari koridor ekonomi yang mempunyai infrastruktur mereka sendiri, agensi itu juga akan membantu mereka dalam mengiktiraf keistimewaan dan kekuatan mereka sendiri untuk menarik pelabur-pelabur ini," katanya dengan memberi contoh Taman Polimer Bio di Kertih, Terengganu.
 
"Kami juga akan memberi tumpuan pada BioXCell tahun ini. Kami telah berunding dengan beberapa syarikat biofarmaseutikal dan ada kemungkinan untuk menarik mereka melabur dalam BioXCell. Sasaran kami ialah RM3 bilion bagi tahun ini dan tahun depan," kata Nazlee.
 
BioXCell, taman bioteknologi di Kluster Logistik dan Perindustrian Selatan seluas 32.37 hektar, kini dibangunkan oleh Malaysian BioXCell Sdn Bhd.
 
UEM Land Holdings Bhd memegang 40 peratus ekuiti dalam Malaysian BioXCell dan BiotechCorp sebanyak 60 peratus.
 
Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution