KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Unit milik penuh Pasdec Holdings Bhd, Pahang Aircraft Industries Sdn Bhd, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysian Aviation Training Academy Sdn Bhd, bagi membangunkan sebidang tanah di di Kampung Pandan, Kuantan.
Menerusi MoU itu, Pasdec dan Malaysian Aviation Training Academy akan membangunkan kampus baharu untuk sekolah latihan penerbangan di kawasan seluas 11.6 hektar seperti yang disyaratkan oleh Jabatan Penerbangan Awam.
Kedua-dua pihak juga akan melaksanakan penyelenggaran, baik pulih dan pembaikan pesawat dan melatih juruterbang kadet, kata Pasdec dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
MoU itu sah untuk 12 bulan mulai tarikh pelaksanaan kecuali penamatan awal berdasarkan terma MoU, katanya.
Sumber: BERNAMA
|