Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

MITI umum empat insentif cukai baharu


Print Email

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan empat insentif cukai baharu yang diperkenalkan di bawah Bajet 2015 bagi meningkatkan daya saing Malaysia menarik pelabur.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, insentif baharu itu dikhaskan untuk syarikat dan pelabur sedia ada atau yang baharu beroperasi di negara ini.

“Insentif tersebut difokuskan kepada empat segmen melibatkan Insentif bagi Kawasan Kurang Membangun, Insentif bagi Pengurusan Kawasan Perindustrian, Elaun Modal bagi Meningkatkan Automasi dalam Industri Berintensif Buruh serta Insentif bagi
Penubuhan Hab Prinsipal,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan garis panduan bagi empat insentif cukai baharu yang diperkenalkan di bawah Bajet 2015, di Kuala Lumpur, semalam.

Mustapa berkata, semua insentif tersebut diyakini akan meningkatkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pilihan luar pesisir oleh pelabur.

“Selain itu, insentif ini akan berupaya meningkatkan sektor perkhidmatan dan meletakkan Malaysia sebagai sebahagian kitaran pembekal dalam sektor-sektor tertentu di peringkat global.

“Insentif ini juga bertujuan meningkatkan pembangunan subsektor perkhidmatan utama bagi menambah baik sumbangannya kepada ekonomi,” katanya.

Menurutnya, syarikat yang terpilih akan berpeluang memperoleh insentif cukai mengikut tiga peringkat tertentu bergantung kepada perolehan pendapatan syarikat.

“Semua permohonan yang diterima pada 1 Mei 2015 sehingga 30 April 2018 diuruskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida).

“Mida juga akan bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mempromosikan insentif ini,” katanya.


Sumber : Sinar Harian Online
Tarikh     : 07 April 2015


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution