Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Projek Agropolitan Pekan Sasar Keluarga Miskin Tegar


Print Email

Jumaat Julai 17, 2009

KUANTAN: Projek Agropolitan di Bebar, Pekan, Pahang akan mewujudkan kira-kira 5,000 pekerjaan baru di samping menambah pendapatan bulanan bagi keluarga miskin tegar di daerah Pekan kepada lebih RM1,000 tahun depan.

Kira-kira 1,450 keluarga miskin tegar, termasuk 700 keluarga Orang Asli akan mengambil bahagian dalam projek yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 Ogos ini.

Peserta dari keluarga kaum Melayu akan ditempatkan di kawasan baru Tanjung Batu, Bebar, manakala keluarga Orang Asli kekal di kampung mereka, tetapi bekerja di kawasan penanaman.

Projek Agropolitan Pekan yang bernilai RM90 juta akan membabitkan kawasan seluas 1,825 hektar yang dibangunkan dengan tanaman kelapa sawit serta ternakan kambing biri-biri sebagai aktiviti utama bagi membantu meningkatkan pendapatan bulanan peserta dari RM350 kepada RM1,500.

Ia adalah satu-satunya projek Agropolitan di Pahang di bawah pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Selain projek di Pekan, Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah juga dipertanggungjawab untuk mengendalikan dua lagi projek Agropolitan iaitu di Gahai, Lipis, dan Chemomoi, Bentong.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER (ECERDC) Datuk Jebasingham Issace John berkata Agropolitan Pekan adalah salah satu daripada empat projek agropolitan di bawah ECER, dengan tiga lagi di Selatan Kelantan, Utara Kelantan dan Besut-Setiu di Terengganu.

"Kami akan perkenalkan model perniagaan yang akan membolehkan setiap peserta memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM1,000 sejak bulan pertama, dan kami akan latih dan sediakan mereka dengan sikap yang betul serta kemahiran yang perlu bagi tujuan itu," katanya selepas bermesyuarat dengan kumpulan pertama 50 peserta yang menjalani kursus dua hari di Sanctuary Resort di Cherating dekat sini hari ini.

Beliau berkata Felda sebagai badan pelaksana utama akan menguruskan projek itu manakala ECERDC akan bertindak sebagai fasilitator dan penyelaras.

Menurutnya pelbagai aktiviti sokongan juga akan diperkenalkan di Agropolitan Pekan seperti inisiatif hiliran yang berkaitan dengan tanaman kelapa sawit dan ternakan biri-biri, serta aktiviti-aktiviti seperti perniagaan sarang burung, akuakultur dan tanaman cendawan.

"Kami akan bangunkan pusat untuk kutipan, memproses, dan membungkus, di samping menyediakan kemudahan pemasaran," katanya.

Jebasingham berkata kumpulan 1,000 kambing biri-biri dari baka Dorper yang pertama akan tiba di sini pada 22 Julai dan ia akan dihantar ke kawasan penempatan Orang Asli Runchang di Pekan.

"Kami pilih baka Dorper kerana ia mudah diternak dan boleh mencapai tahap matang dalam tempoh enam bulan. Dalam masa dua tahun para peserta dijangka menggandakan pendapatan mereka kepada RM2,286 setiap bulan dan ia boleh mencapai RM3,000 apabila tanaman kelapa sawit mula membuahkan hasil," katanya.

Sumber: BERNAMA
 


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution