Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

ECER ada sumber pikat pelabur


Print Email

9 September 2010 - MAJLIS Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menjangka dapat menarik pelabur China ke Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), khususnya dalam industri minyak dan gas, pertanian, pelancongan, pembuatan dan pendidikan. 
 
Ketua Eksekutifnya, Datuk Jebasingam Issace John, berkata ECERDC menawarkan insentif fiskal dan bukan fiskal untuk merangsang pelaburan dalam pelancongan, minyak, gas dan petrokimia, pembuatan, pertanian dan pendidikan dalam wilayah ekonomi itu. 

“ECERDC akan mempermudahkan pelabur yang berminat untuk melabur dalam pelbagai industri yang ada untuk mereka melabur," katanya kepada pemberita di Xiamen selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Pengarah Suruhanjaya Sains, Industri, Perdagangan dan Teknologi Maklumat Perbandaran Shenzhen, Wang Xiaochun, semalam. Pertemuan itu diadakan sempena Pameran Antarabangsa Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa China (CIFIT 2010) di Xiamen. 

Perwakilan ECERDC diketuai oleh Ahli Majlis, Tan Sri Lee Shin Cheng, yang juga Pengerusi Eksekutif IOI Group. 

Jebasingam berkata, ECER yang meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor mempunyai prasarana yang baik, tanah yang banyak, sumber alam yang kaya serta modal insan yang berkualiti. 

"Dengan lokasi strategik dan sokongan kukuh daripada kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan, ECER bersedia menjadi gerbang perdagangan dan industri utama. "Ia juga menawarkan kepada pelabur laluan ke pasaran yang luas dan berkembang di Timur Jauh dan Asia Pasifik, dengan jumlah penduduk seramai empat bilion dan KDNK tergabung sebanyak AS$17 trilion," katanya.
 


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution