Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Wilayah Ekonomi Pantai Timur Tinjau Pasaran GCC


Print Email

DUBAI, 25 Jan (Bernama) -- Pegawai kanan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Malaysia akan memulakan misi pelaburan kedua ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi mulai esok hingga 6 Feb bagi menarik lebih banyak pelabur dari negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
 
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER (ECERDC) Datuk Jebasingam Issace John menyifatkan misi kali ini sebagai penting memandangkan ia bakal menghasilkan beberapa peluang perniagaan dengan syarikat-syarikat di kedua-dua negara Teluk itu.
 
Misi berkenaan dianjurkan bersempena pelancaran laporan khas "Invest Malaysia 2011" dan forum di Abu Dhabi pada 30 Jan.
 
Acara berkenaan akan dirasmikan secara bersama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed bin Sultan Al Nahyan.
 
Dalam satu kenyataan di sini, Issace berkata delegasi ECERDC akan mengadakan beberapa pertemuan perniagaan dengan bakal pelabur di Abu Dhabi dan Dubai di UAE, serta Jeddah dan Riyadh di Arab Saudi.
 
"ECER Malaysia merupakan wilayah yang perlu diberi perhatian dari segi peluang pelaburan, antaranya dalam bidang pelancongan, pembuatan dalam industri halal, minyak, gas dan petrokimia, pertanian dan pendidikan, agriculture and education," katanya.
 
"Kami gembira melihat pelabur Timur Tengah selesa dengan Malaysia memandangkan terdapat banyak persamaan dalam budaya dan adat," katanya.
 
ECERDC yang dipengerusikan oleh Najib, merupakan badan berkanun yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia bagi melihat pembangunan dan pelaksanaan projek di ECER Malaysia. Ia mengendalikan misi yang serupa ke UAE dan Arab Saudi pada Mei 2010.
 
Menurut Issace, ECER mengadakan perbincangan dengan Arab Saudi, UAE dan Qatar bagi mengenal pasti projek-projek berpotensi bagi pelaburan di zon ekonomi khas dan beberapa perjanjian dijangka dimuktamadkan tahun ini.
 
Beliau berkata ECER mempunyai tanah yang luas yang boleh memenuhi keperluan negara-negara Timur Tengah yang meninjau untuk meningkatkan program jaminan makanan mereka.
 
Laporan "Invest Malaysia 2011" itu disasarkan kepada para pelabur dan pemimpin korporat GCC.
 
Ia akan menampilkan perspektif dalaman potensi perniagaan dan peluang pelaburan dalam Malaysia, termasuk koridor ekonominya.
 
ECER Malaysia, yang telah menarik US$12 bilion (RM36.5 bilion) dalam pelaburan antarabangsa dan domestik sejak 2007 hingga 2010, ditampilkan dalam laporan khas itu.
 
Issace akan menjadi antara panel undangan pada forum Invest Malaysia 2011 itu.
 
ECER merangkumi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor.
 
Ia meliputi kawasan lebih 66,000 kilometer persegi atau 51 peratus Semenanjung Malaysia. Ia didiami kira-kira 3.9 juta penduduk, atau kira-kira 14 peratus jumlah penduduk Malaysia.
 
Baru-baru ini, ECER mengadakan majlis pecah tanah bagi projek bernilai US$202.6 juta (RM620 juta) melibatkan Oilfields Supply Center Limited yang berpangkalan di Dubai, bagi mendirikan pangkalan bekalan pengguna bersama di Zon Ekonomi Khas ECER yang dijangka sedia untuk operasi pada 2013.
 
Bagi Arab Saudi, Malaysia merupakan satu daripada negara terpilih untuk Inisiatif Jaminan Makanan negara itu, yang disokong oleh dana pelaburan berjumlah tiga bilion riyal Saudi.
 
"Taman halal ECER juga menarik kepada pelabur memandangkan kawasan itu dihubungkan dengan pembangunan projek-projek pembuatan, ternakan dan pertanian di kawasan berkenaan," kata Issace.
 
Pendidikan merupakan satu lagi bidang baharu untuk pelaburan, katanya dan menjelaskan bahawa terdapat banyak pelajar Timur Tengah datang belajar di Malaysia.
 
"ECER menawarkan Taman Pengetahuan di Terengganu yang boleh memenuhi keperluan ini, dan kami berhasrat melihat kolej dan universiti antarabangsa mendirikan kampus mereka di sini," katanya.
 
Mengenai pelancongan perubatan, Issace berkata perkhidmatan dan kemudahan perubatan lebih murah di Malaysia berbanding Eropah, dan warga timur Tengah boleh memanfaatkannya dengan menikmati penjagaan kesihatan yang berkualiti.
 
ECER menawarkan pakej bersepadu kepada pelabur yang terdiri daripada insentif fiskal dan bukan fiskal. Insentif ini disediakan khusus untuk pelabur yang meneroka ke dalam kluster utama ECER.
 
Antara lain, insentif fiskal ECER termasuk pengecualian cukai pendapatan selama 10 tahun, elaun cukai pelaburan sebanyak 100 peratus bagi perbelanjaan tertentu dan pengecualian cukai jualan.
 
Insentif bukan fiskal termasuk harga tanah yang kompetitif yang mengandungi kadar diskaun bagi premium tanah, cukai tanah, tempoh pajakan tanah yang dijamin bagi tempoh khusus serta fleksbiliti dalam pengambilan pegawai dagang.
 
Sumber - BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution