Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Peluang Pelaburan Besar Wujud Di Kawasan Zon Ekonomi Khas ECER


Print Email

ABU DHABI, 30 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas (SEZ) di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), yang disifatkan sebagai "Lembah Klang Pantai Timur," menawarkan peluang pelaburan yang besar kepada para pelabur.
 
Manfaat pelaburan di SEZ, serta di ECER yang lebih luas, akan ditonjolkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER (ECERDC) Datuk Jebasingam Issace John semasa forum "Invest Malaysia 2011" yang disasarkan terhadap para pelabur dari rantau Teluk di sini Ahad.
 
Baru-baru ini, SEZ ECER menerima pelaburan berjumlah RM620 juta (US$202 juta) dari Oilfields Supply Centre Ltd yang berpangkalan di Dubai bagi melaksanakan usahasama pembangunan pengkalan perbekalan penggunaan bersama yang akan beroperasi pada 2013.
 
"Kawasan itu kini terdapat kehadiran minyak dan gas yang kukuh, dengan kluster petrokimia di Kertih dan Gebeng. Kami ingin mengembangkan pelaburan di kawasan itu berasaskan bahan tersebut," katanya kepada media Malaysia sebelum forum itu bermula.
 
SEZ ECER, yang dilancarkan pada 2008, adalah satu zon pembangunan bersepadu dengan kawasan perbandaran baharu, tapak pelancongan antarabangsa, yang diberi perkhidmatan oleh empat pelabuhan, dua lapangan terbang dan zon inovasi berpengetahuan.
 
SEZ menyediakan lapan zon pengeluaran, empat zon bebas dan empat zon pelancongan.
 
SEZ turut direka bentuk menjadi pusat pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran, produk pengilangan dan sumber galian wilayah itu.
 
Issace berkata SEZ bukan bertujuan mewujudkan satu kawasan pertumbuhan sepenuhnya kerana "asasnya sudah tersedia."
 
"Ia hanya memerlukan pengukuhan yang lebih lanjut lagi. Jadi, kita hanya melakukan sedikit penjenamaan SEZ yang bertujuan mengekalkan minat di kalangan para pelabur yang berpotensi," katanya.
 
Kawasan itu terletak dari Kertih di Terengganu hingga Pekan di Pahang dan akan mewujudkan 50 peratus daripada kesemua peluang pekerjaan di dalam ECER dan menghasilkan 80 peratus daripada keluaran ekonominya.
 
ECER dilancarkan pada 2007 dan meliputi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Daerah Mersing di Johor.
 
Ia merupakan salah satu daripada lima koridor pembangunan serantau di Malaysia bagi merangsang pembangunan ekonomi dan meningkatkan pertumbuhan.
 
Sumber - BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution