Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

ECER Mahu Tarik Lebih Pelaburan Teluk


Print Email

ABU DHABI, 31 Jan (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Malaysia menyasarkan untuk menarik pelaburan RM5 bilion (US$1.67 bilion) setahun, di mana RM2 bilion dijangka disumbang dari Timur Tengah.
 
Ketua Peghawai Eksekutif (CEO) Majlis Pembangunan ECER Datuk Jebasingam Issace John berkata ECER Malaysia berkeyakinan menarik lebih banyak pelaburan dari negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada tahun ini.
 
"Kami sedang mengadakan perundingan yang serius dengan beberapa pelabur berpotensi dari Timur Tengah dan menjangka mengumumkan perkembangan positif menjelang tahun ini," katanya pada forum "Invest Malaysia 2011" yang dilancarkan di sini pada Ahad.
 
Issace berkata wujud minat mendalam dari Timur Tengah terhadap ECER, terutama sekali dalam bidang industri halal, pelancongan dan pertanian, khususnya ternakan ayam itik dan perikanan.
 
Antara 2007 dan 2010, ECER menarik pelaburan bernilai RM35.6 bilion (US$12.2 bilion), di mana RM15.3 bilion (US$5.1 bilion) telah diterima.
 
Beliau berkata kehadiran pelaburan Timur Tengah di dalam ECER akan memberikan akses segera terhadap pasaran yang semakin bercambah di Timur Jauh dan Asia Pasifik, yang mempunyai penduduk empat juta orang dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang disatukan sebanyak US$17 trilion.
 
Zon Ekonomi Khas (SEZ) ECER adalah tarikan utama.
 
Antrara projek yang dipromosikan di dalam SEZ ECER ialah kluster Perindustrian Minyak Sawit, masing-masing Pembangunan Pelancongan Daratan Pantai Pantai Sepat, Cherating dan Kijal, Taman Halal Gambang, Taman Perindustrian Automotif Pekan, Taman Polimer Kertih dan Bandaraya Pelabuhan Kuantan.
 
Issace berkata ECER meliputi kawasan yang luas, yang boleh memenuhi keperluan negara-negara Timur Tengah yang ingin meningkatkan program keselamatan makanan masing-masing.
 
"Sambil Malaysia berkongsi banyak persamaan kebudayaan dengan Timur Tengah, ECER boleh menjadi satu destinasi pelaburan yang memenuhi syariah, pusat peranginan dan hotel bagi berorientasikan keluarga," katanya.
 
Katanya universiti dan kolej di GCC boleh juga mewujudkan cawangan Malaysia mereka di ECER.
 
Wilayah ekonomi itu meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing di Johor.
 
Sumber - BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution