Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Lima Puluh Ahli Perniagaan China Dari APCE Lawat ECER


Print Email

KUANTAN, 20 Feb (Bernama) -- Lima puluh ahli peniagaan terkemuka China daripada Persatuan Usahawan China Asia Pasifik (APCE), kini dalam rangka lawatan dua hari ke Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi mengenal pasti peluang-peluang pelaburan di koridor ekonomi berkenaan.
 
Lawatan itu bermatlamat mempromosikan hubungan peniagaan yang lebih kukuh dengan diaspora China Malaysia, kata Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dalam kenyataan pada Ahad.
 
Ahli perniagaan terbabit meneroka peluang-peluang dalam bidang pelancongan pertanian, teknologi tinggi dan pengilangan keluli, aktiviti runcit dan komersil, pembangunan hartanah dan pendidikan.
 
Lawatan itu dianjurkan bersama oleh ECERDC, Kerajaan Negeri Pahang dan Dewan Perniagaan Cina Pahang (PCCC). "Lawatan APCE dianggap penting dalam usaha ECERDC menarik lebih ramai pelabur China ke ECER," kata ECERDC.
 
Delegasi China itu termasuk pengerusi syarikat-syarikat besar seperti Tiens Group, Tianjin Rong Cheng Steel & Metal, Singapore Kuan Sheng Group dan Hong Kong BaoSheng Group, selain wakil kanan Persatuan Kantonis Indonesia, Persatuan Kantonis New Zealand dan Dewan Perniagaan Wen Zhou Jepun.
 
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Anggota Majlis ECERDC dan Pengerusi Eksekutif IOI Group, Tan Sri Lee Shin Cheng dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John, turut hadir pada jamuan meraikan delegasi berkesaan anjuran kerajaan negeri.
 
Sementara itu, Issace berkata lawatan berkenaan merupakan langkah penting dalam meningkatkan hubungan dua hala, dan memasukkan ECER pada peta pelabur.
 
Beliau berkata ECER dapat meraih manfaat daripada pengukuhan hubungan itu memandangkan China mempunyai potensi yang besar, selain produk pekilangan Malaysia kini semakin rancak dan koridor ekonomi itu mempunyai kelebihan dari segi sumber-sumbernya yang besar.
 
Lokasi strategik ECER yang berhadapan Laut China Selatan memberikannya kelebihan dalam memberi perkhidmatan kepada pasaran Timur Jauh dan Asia Pasifik.
 
"Kami juga sudah menjalin usaha sama dengan PCCC dalam usaha menarik lebih ramai pelabur Cina dari Malaysia untuk menyertai pembangunan di ECER.
 
"Mereka dialu-alukan berbuat demikian menerusi usaha sama dengan rakan perniagaan masing-masing dari China," kata Issace.
 
China dikenal pasti antara pasaran tumpuan dalam promosi pelaburan ECERDC, selain Timur Tengah dan India.
 
Pada September lepas, ECERDC mengadakan misi pelaburan ke Xiamen, China, sempena Pemeran Antarabangsa Perdagangan dan Pelaburan China ke-14, sebagai sebahagian daripada inisiatifnya untuk menarik lebih ramai pelabur China.
 
Pada Isnin, ahli perniagaan berkenaan akan melawat tiga projek utama ECER di Pahang - Taman Perindustrian Automotif Pekan, Kuantan Port City dan Kompleks Petrokimia Bersepadu Gebeng.
 
Kesemuanya terletak dalam Zon Eonomi Khas ECER.
 
Sumber - BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution