Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Najib Ingatkan Warga Pendidik Di IPT Agar Tidak Terlalu Berpolitik


Print Email

PEKAN, 12 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan warga pendidik di institusi pengajian tinggi (IPT) supaya tidak terlalu berpolitik untuk mengejar jawatan, sebaliknya menumpukan kepada tugas mendidik anak bangsa.
 
"Jangan terlalu banyak sangat politik... sampai masa nak lantik Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor begitu banyak surat layang dan sebagainya saya terima.
 
"Saya lihat penyakit politik di universiti ini kadang-kadang lebih hebat daripada nak pilih calon pilihan raya. Ini satu budaya tidak sihat di universiti dan saya rasa malu kalau sikap warga universiti lebih kepada politik daripada tugas utama mengajar anak-anak kita," katanya ketika berucap pada lawatan ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, Sabtu.
 
Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UMP Prof Datuk Daing Nasir Ibrahim.
 
Dalam sidang media selepas itu, Perdana Menteri berkata kepuasan seseorang pendidik sepatutnya apabila berjaya membentuk minda pelajar dan bukannya mengisi sesuatu jawatan dalam pengurusan.
 
"Soal siapa jadi Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor biarlah proses penilaian dibuat secara objektif," katanya.
 
Sementara itu, Najib berkata IPT perlu memainkan peranan merapatkan jurang kemahiran untuk mengisi keperluan modal insan dalam menuju negara maju dan berpendapatan tinggi.
 
"Dari segi kelulusan teknikal masih lagi ada kekurangan dalam negara kita, sebab itu kita akan melihat semula perancangan kita supaya kita dapat memenuhi (modal insan) melalui peranan IPT dalam negara kita," katanya.
 
Justeru, beliau berkata peranan universiti di negara ini akan diperhalusi supaya menjadi lebih khusus dalam mengeluarkan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri.
 
"Sebab itu universiti baru seperti UMP ini menjadi universiti teknikal melibatkan bidang teknologi dan modelnya ialah model universiti teknikal Karlsruhe, Jerman," katanya.
 
Pada majlis sama, Perdana Menteri turut melancarkan projek teknologi hijau UMP, yang dibangunkan secara usahasama anak syarikatnya, UMP Green Technology Sdn Bhd dengan Urban Environment Industries Sdn Bhd, membabitkan pembangunan kitar semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai menggunakan teknologi pengekstrakan yang dijangka dapat menyelesaikan masalah untuk melupuskan minyak hitam terpakai.
 
Projek usahasama itu dilakukan di kilang pemprosesan minyak pelincir terpakai di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan dengan kapasiti pengeluaran tahunan 14,000 metrik tan setahun.
 
Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution