Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Petronas, BASF SE Timbang Pelaburan Bersama Bernilai RM$4 Bilion Bina Loji Petrokimia


Print Email

PUTRAJAYA, 29 Mac (Bernama) - Petronas dan BASF SE, yang berpangkalan di Jerman yang merupakan syarikat kimia terbesar di dunia kini menimbangkan pelaburan bersama berjumlah RM4 bilion bagi mengeluarkan produk petrokimia di Malaysia.
 
Projek usahasama bagi mengeluarkan kimia khusus di Gebeng, Kuantan dan di tempat lain di Malaysia, yang bergantung kepada kajian daya maju, turut dijangka menjana kira-kira 500 peluang pekerjaan mahir sebaik siap dibina.
 
Perkara itu dibincangkan semasa delegasi BASF SE, yang diketuai oleh anggota Lembaga Pengarah Eksekutifnya, Dr Martin Brudermuller, membuat kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri, di sini pada Selasa.
 
Satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri selepas kunjungan hormat itu menyatakan delegasi itu turut disertai Presiden BASF Asia Pasifik Saori Dubourg serta Pengarah Urusan BASF PETRONAS Chemicals Sdn Bhd Dr Hermann Brandt.
 
Mereka disertai oleh Presiden Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas dan Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Hiliran Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.
 
Menurut kenyataan itu, BASF dan Petronas telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 6 Disember, tahun lepas bagi melaksanakan satu kajian daya maju bagi mengeluarkan kimia khusus di Gebeng, Kuantan, Pahang dan di tempat lain di Malaysia, yang bertujuan mengembangkan kerjasama sedia ada antara kedua-dua pihak di negara ini.
 
Syarikat Jerman itu mengendalikan satu kompleks petrokimia di Gebeng, Kuantan.
 
Mengikut terma MoU itu, katanya kedua-dua pihak akan menilai daya maju teknikal, komersil dan ekonomi di dalam memiliki dan mengendalikan secara bersama kemudahan berkelas dunia itu bagi pengeluaran propilena dan butilena berasaskan kimia khusus.
 
"Kajian itu juga akan mengkaji pembesaran kemudahan sedia ada di Gebeng dan pengeluaran satu produk baharu yang dinamakan Polimer Sangat Menyerap (SAP), yang kebanyakannya digunakan di dalam aplikasi kesihatan peribadi," kata kenyataan itu.
 
Kenyataan itu menyatakan skop muktamad pelaburan itu akan ditentukan berikutan hasil kajian daya maju yang disasarkan selesai pada suku keempat 2011.
 
"Projek itu dijangka menjana industri sampingan yang sebaliknya akan mewujudkan peluang pekerjaan yang lain," katanya.
 
Kenyataan itu menyatakan bahawa kuantiti yang besar kimia khusus itu akan dieksport, yang dijangka menjana perolehan eksport yang besar bagi negara ini.
 
Cadangan kerjasama oleh Petronas dan BASF itu akan dibina berasaskan perkongsian strategi mereka yang berjaya di negara ini, yang diwujudkan pada 1997.
 
Perkongsian itu, melalui BASF PETRONAS Chemicals Sdn Bhd di mana BASF memiliki kepentingan 60 peratus, kini memiliki dan mengendalikan kompleks petrokimia bersepadu di Gebeng, yang mengeluarkan monomer akrilik, produk okso dan butanediol.
 
Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution