Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Kerajaan Salur RM100 Juta Melalui ECERD Di Bekas Kawasan Dara & LKWJ


Print Email

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan, menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), akan memperuntukkan RM100 juta lagi bagi kawasan yang dahulunya di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Dara) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) untuk 2011-2012.
 
Perdana Menteri berkata peruntukan itu, yang merangkumi RM30 juta bagi 2011 dan RM70 juta bagi 2012, bakal digunakan untuk projek pembangunan sosio-ekonomi masyarakat setempat, infrastruktur dan penyelenggaraan yang akan memberi manfaat kepada para penduduk.
 
"Mulai tahun ini juga, projek-projek sedemikian bakal diperluaskan untuk merangkumi kampung-kampung tradisional," katanya di dalam satu kenyataan ECERDC selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis ECERDC yang pertama bagi 2011 di sini hari ini.
 
Penerima manfaat utama peruntukan itu adalah Majlis Daerah bagi kawasan yang terlibat, iaitu Maran, Rompin, Pekan, Bera, Jerantut dan Temerloh. Keenam-enam daerah itu memiliki gabungan penduduk sejumlah 659,000 orang.
 
Pada 2010, ECERDC telah diamanahkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Pahang dalam menghidupkan semula pembangunan ekonomi di bekas kawasan Dara dan LKWJ.
 
Dara dan LKWJ telah dibubarkan pada 1997 setelah berjaya mencapai matlamat masing-masing dalam menerajui pembangunan daerah terlibat.
 
Namun begitu, sejak pembubaran kedua-dua agensi tersebut, kawasan terbabit dikenal pasti memerlukan pembangunan dan penyelenggaraan.
 
Perdana Menteri berkata, setakat akhir Disember 2010, 107 projek bernilai RM49.5 juta yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) di kawasan-kawasan berkenaan telah pun dilaksanakan.
 
Antaranya ialah penaiktarafan jalan raya di Felda Jengka 21 dan 22 di Temerloh; pembaikan landskap dan taman awam di Bandar 32, Bera; penaiktarafan jalan raya di Bandar Tun Razak, Jengka; penaiktarafan jalan raya di Kota, Gelanggi 1, Felda Gelanggi 1 dan 2, dan Felda Sungai Tekam Utara, Jerantut; pemasangan lampu jalan di persimpangan Felda Keratong 2, Rompin; dan penaiktarafan masjid dan balai masyarakat di Paloh Hinai, Pekan.
 
"Projek yang telah disiapkan, yang meliputi penaiktarafan kemudahan awam, telah memberi manfaat kepada 24,400 penduduk di 19 buah kampung, manakala pembangunan dan penaiktarafan jalan raya dan sistem perparitan telah memberikan faedah kepada 28,000 penduduk di 26 buah kampung," katanya.
 
Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution