KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Teguh Herba Enterprise, satu pengeluar minuman dan kapsul herba tenaga kesihatan tambahan, yang berpangkalan di Kuantan, merancang mengembangkan rangkaian pengedarannya ke seluruh negara dan meneroka pasaran Sabah, Sarawak dan Brunei.
Kini, sebahagian besar produknya diedarkan di Pahang melalui pelanggan langsung dan pelanggan jualan online.
"Kedua-dua produk itu juga tersedia melalui pesanan mel bagi para pelanggan dari Kelantan, Johor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Melaka," kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bagi pihaknya oleh Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd.
Rumusan dan kontrak pengeluaran produk Teguh Herba dilaksanakan oleh TPM Biotech Sdn Bhd di Pusat Biotek Herba TPM di Raub, Pahang.
TPM Biotech adalah anak syarikat milik penuh Technology Park Malaysia Corporation, satu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Teguh Herba kini mengeluarkan 3,000 kotak minuman koko herba dan 5,000 kotak kampul herba tambahan.
Mengenai perancangan masa depan, Pengurus Teguh Herba Khairul Redzuan Ibrahim Khairul berkata syarikat itu merancang dipelbagaikan produk herba kesihatan yang baharu bagi wanita bagi mengembalikan kesihatan dan kesihatan mereka selepas melahirkan anak.
|