Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Laporan Akhir Kemungkinan Projek Laluan Rel Pantai Timur Dalam Proses Penyiapan


Print Email

KUANTAN, 14 April (Bernama) -- Pihak Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kini dalam proses menyiapkan Laporan Akhir Kemungkinan Projek Laluan Rel Pantai Timur yang menghubungkan Kuala Lumpur-Kuantan-Tumpat dengan jarak sepanjang 550 kilometer.
 
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan Pahang Datuk Mohd Soffi Abdul Razak berkata berdasarkan laporan tersebut laluan Kuala Lumpur-Kuantan itu akan melibatkan lima daerah iaitu Bentong, Bera, Temerloh, Maran dan Kuantan.
 
"Projek berkenaan akan memberi impak dari segi sosial dan ekonomi kepada rakyat negeri Pahang terutamanya kepada daerah-daerah yang terlibat," katanya ketika menjawab soalan Datuk Chuan Boon Seong (BN-Mentakab) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini pada hari Khamis.
 
Menurutnya projek itu akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat melalui pembangunan projek-projek di sepanjang laluan seperti projek Bandar Pelabuhan Kuantan, Kluster Industri Kelapa Swait, Taman Industri Perkayuan di Temerloh, Taman Teknologi Pahang dan Taman Industri Bercampur Bentong.
 
Selain itu katanya daerah-daerah terbabit akan membangun dan maju dengan adanya jaringan pengangkutan yang lebih moden dan efisyen untuk menghubungkan daerah-daerah itu dengan Lembah Klang.
 
Sementara itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pihak kerajaan negeri akan mengambil tindakan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 terhadap pengusaha-pengusaha Tanah Lesen Sementara (TOL) yang melanggar syarat kelulusan seperti menanam tanaman kekal bagi projek tanaman kontan.
 
Beliau berkata antara tindakan penguatkuasaan yang diambil pihaknya selama ini ialah seperti mengadakan rondaan pencegahan pelanggaran syarat dan mengenakan tindakan membatalkan TOL.
 
"Pentadbir Tanah boleh membatalkan TOL kelulusan itu dan mengenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 426(1)(c), dan seterusnya pemantauan secara berterusan juga dilaksanakan bagi memastikan masalah ini tidak berulang," katanya ketika menjawab Syed Hamid Syed Mohamed (PAS-Kuala Semantan).
 
Adnan berkata tanah seluas 114.118 hektar di Temerloh, Jerantut, Lipis dan Raub dikenal pasti terlibat dengan beberapa pelanggaran syarat kelulusan TOL.
 
Menurutnya kawasan yang sudah diambil tindakan adalah seluas 42.09 hektar.
 
Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution