Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

UMP Guna Teknologi Oracle Urus Pertumbuhan Berterusan


Print Email

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) - Universiti Malaysia Pahang (UMP), universiti kejuruteraan dan teknikal terkemuka, menggunakan Oracle Database 11g dan Oracle Real Application Cluster (RAC) sebagai sebahagian daripada prasarana teknologinya.
 
Dalam satu kenyataan hari Isnin, Naib Canselor UMP, Professor Datuk Dr Daing Mohd Nasir Ibrahim, berkata kolej dan universiti sekarang menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk mencari cara yang lebih cekap untuk menyediakan arahan dan perkhidmatan berkualiti.
 
Beliau berkata UMP melaksanakan projek itu untuk memastikan pelaksanaan perkhidmatan kritikal kampus yang segera dan boleh dipercayai.
 
"Teknologi ini boleh membantu untuk membolehkan sistem terus beroperasi semasa berlaku kegagalan komponen bagi memaksimumkan ketersediaan portal akademik utama, sistem kehadiran, sistem pengurusan pelajar, sistem peperiksaan dalam talian serta sumber manusia dan kewangan.
 
Pada masa yang sama, katanya, sistem baharu ini juga meningkatkan kecekapan kerana ia menawarkan keupayaan pengurusan automatik dan menjimatkan masa kakitangan yang dahulunya dihabiskan bagi kerja-kerja pentadbiran manual.
 
Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution