Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Perbadanan Pembangunan Industri Halal Anjur Seminar Dan Pameran Halal


Print Email

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) akan menganjurkan Program Transformasi Halal (HTP) pada akhir bulan ini.
 
HTP bertujuan untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan halal dan meningkatkan keusahawanan.
 
"Dimensi nilai tambah yang timbul daripada program ini (HTP) adalah bagi menggalakkan pelaburan domestik di Malaysia melalui penglibatan industri yang lebih lagi dan mewujudkan sumber baru berhubung modal insan dan juga bidang perniagaan Halal," demikian menurut HDC dalam satu kenyataan Isnin.
 
Lebih 10,000 pengunjung dijangka melawat acara dua hari itu yang bermula 30 hingga 31 Julai ini di Gambang, Pahang.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka merasmikan acara itu pada 31 Julai dan juga menemui peserta industri.
 
Sektor-sektor yang akan diketengahkan seperti ekonomi, pendidikan dan pendidikan-hiburan dalam industri halal dengan lebih 100 ruang pameran serta seminar sehari mengenai "Program Keusahawanan Halal".
 
Seminar itu akan memberi penekanan terhadap latihan keusahawanan halal dan perladangan kontrak berkaitan halal.
 
Beberapa syarikat multinasional dan syarikat berkaitan kerajaan dijangka berkongsi pengetahuan perniagaan, pengalaman kerjasama dan kekuatan pengeluaran mereka dengan para peserta dalam industri halal.
 
Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution