Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

HDC Rancang Teruskan Program Transformasi Halal Ke Negeri Lain


Print Email

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama)-- Halal Industry Development Corporation (HDC) berhasrat untuk meneruskan kejayaan Program Transformasi Halal (PTH) yang julung kalinya diadakan di Pahang baru-baru, ini ke negeri-negeri lain.

"PTH ialah program yang selari dengan konsep "Rakyat Diutamakan" yang bertujuan meningkatkan lagi semangat keusahawanan di kalangan akar umbi dan memainkan peranan lebih serius dalam pembangunan industri Halal," kata HDC dalam satu kenyataan Khamis.

Program dua hari itu yang diadakan Gambang, Pahang bulan lepas, dianjurkan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menarik hampir 20,000 pengunjung.

"Ia juga bagi faedah pesara ATM untuk menjadi usahawan bagi industri Halal," kata kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC Datuk Seri Jamil Bidin berkata: "Dengan pengalaman ini, kami berhasrat untuk menggerakkan seluruh jentera kami ke pelbagai tempat, untuk meneruskan penyebaran mesej mengenai pembangunan keusahawanan Halal.

"Kami perlu menyebarkan mengenai peluang perniagaan dalam industri yang sedang berkembang pesat ini selari dengan jumlah penganut Islam seramai 1.8 bilion di seluruh dunia."

HDC berharap dapat membawa HTP ke Jeli, Kelantan pada September dan kemudiannya ke Pagoh, Johor dan Sarawak.

Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution