Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Bioteknologi


Print Email

Bioteknologi di Pahang

Bioteknologi ialah satu bidang yang pantas berkembang yang dilihat bakal memainkan peranan penting bagi ekonomi negeri di masa hadapan.

Pahang ialah sebuah pusat bioteknologi yang berpotensi dengan sumber semulajadinya yang banyak. Ia menawarkan peluang-peluang cemerlang untuk pembelajaran dan pengkatalogan pelbagai jenis flora dan fauna asli hutan-hutannya.

Industri yang Berkembang
Secara global, industri bioteknologi bernilai RM204 bilion (US$60 bilion). Pahang berada ditahap yang baik dalam usahanya menjadi peneraju bidang bioteknologi di negara ini dengan pembangunan Taman Teknologi Gambang yang melibatkan pembinaan bangunan-bangunan dan makmal-makmal bioteknologi, pembelian peralatan dan penyediaaan infrastruktur asas.

Kerajaan Negeri telah mengenal pasti fokus industri bioteknologi yang merangkumi agro-bioteknologi, bioteknologi penjagaan kesihatan, bioteknologi perindustrian dan industri herba.

Tenaga Kerja Tersedia
Bagi menyediakan pekerja berkemahiran untuk industri yang sedang berkembang ini, Kerajaan Negeri Pahang telah memulakan usaha-usahanya untuk membekal tenaga kerja dengan kemahiran dan pengetahuan berkaitan untuk industri bioteknologi.

Pahang Skills Development Centre (PSDC), contohnya, menawarkan program intensif untuk graduan meneruskan kerjaya mereka dalam industri bioteknologi. Menggabungkan pembelajaran bilik darjah, kerja makmal dan latihan amali industri, graduan-graduan PSDC dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan asas untuk posisi kemasukan dalam syarikat-syarikat bioteknologi atau berkaitan bioteknologi.

Sokongan Kerajaan
Pahang kini bersedia untuk membentangkan pelan tindakan biodiversiti dan bioteknologinya untuk memudahkan akses kepada kakitangan teknikal dan saintifik dalam aspek-aspek penyelidikan dan pembangunan. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk mengusahakan rancangan tindakan teratur untuk negeri itu agar cemerlang dalam industri bioteknologi.

Bagi Malaysia pula, Kerajaan telah menubuhkan Dasar Bioteknologi Negara dengan objektif untuk mencipta 280,000 pekerjaan, mewujudkan 100 syarikat-syarikat bioteknologi dan menjana pendapatan RM270 bilion menjelang 2020. Penubuhan Biotech Corporation dengan ini adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk membangunkan industri berasaskan agro secara lebih bertenaga dan produktif menerusi teknologi bio di dalam tiga bidang utama berikut:

  1. Tanaman/Bijih Benih, 
  2. Ternakan, dan 
  3. Produk asli.


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution