Syarikat-syarikat yang menggunakan biomass kelapa sawit untuk mengeluarkan produk ditambah nilai seperti papan partikel, papan gentian ketumpatan sederhana, papan lapis, pulpa dan kertas layak untuk insentif berikut:
Syarikat-syarikat Baru
1 |
Taraf Perintis dengan pengecualian cukai 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Modal elaun tidak diserap serta pengiraan kerugian-kerugian ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan syarikat selepas perintis; atau |
2 |
Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggungi dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh diofsetkan dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Mana-mana elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya. |
Syarikat Sedia Ada yang Melabur Semula
1 |
Taraf Perintis dengan pengecualian cukai 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Modal elaun tidak diserap serta pengiraan kerugian-kerugian ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan syarikat selepas perintis; atau |
2 |
Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak tambahan ditanggungi dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh diofsetkan dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Mana-mana elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya |
Permohonan-permohonan untuk Taraf Perintis hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
|