Syarikat-syarikat kecil dan sederhana dengan modal berbayar RM2.5 juta ke bawah layak mendapat 20% pengurangan cukai syarikat ke atas pendapatan bercukai setakat RM500,000. Kadar cukai ke atas baki pendapatan bercukai kekal pada 26%.
Syarikat-syarikat perkilangan saiz kecil yang diperbadankan di Malaysia dengan dana pemegang-pemegang saham tidak melebihi RM500,000 dan mempunyai sekurang-kurangnya 60% ekuiti warga Malaysia layak untuk insentif berikut:
1 |
Taraf Perintis dengan pengecualian cukai 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 5 tahun. Modal elaun tidak diserap serta pengiraan kerugian-kerugian ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan syarikat selepas perintis; atau |
2 |
Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggungi dalam tempoh 5 tahun. Elaun ini boleh digunakan untuk diofsetkan dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Setiap faedah yang belum digunakan boleh dilakukan ke depan untuk tahun-tahun berikutnya sehingga dimanfaatkan sepenuhnya. |
Sebuah pemilikan tunggal atau perkongsian layak untuk memohon insentif ini dengan syarat sebuah syarikat sendirian berhad /syarikat berhad baru ditubuhkan untuk mengambilalih pengeluaran/aktiviti yang sedia ada.
Untuk layak mendapatkan insentif ini, sebuah syarikat kecil hendaklah memenuhi salah satu kriteria berikut:
1 |
Nilai ditambah mestilah sekurang-kurangnya 15%; atau |
2 |
Projek menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi penduduk luar bandar. |
Syarikat hendaklah menjalankan pengilangan produk atau menyertai aktiviti yang disenaraikan sebagai produk dan aktiviti yang digalakkan untuk syarikat-syarikat kecil
Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Sila lihat: Senarai Aktiviti dan Produk Digalakkan untuk Syarikat Kecil (PDF: 56kb)
|