Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Aquasis Holdings (M) Bhd


Print Email

Aquasis Holdings (M) Bhd (Aquasis Holdings), sebelum ini dikenali sebagai Aquasis Engineering (M) Sdn Bhd, ditubuhkan pada 26 Julai 1990 di Johor Baharu. Syarikat ini bermula sebagai kontraktor mekanikal untuk industri petroleum dan gas. Pada masa yang sama, ia bertindak sebagai sub-kontraktor untuk beberapa syarikat antarabangsa seperti CHIODA, Nippon dan JGC. Pada tahun 1994, Aquasis Holdings dianugerahkan lesen oleh Petronas untuk mengendalikan keseluruhan pakej penyelenggaraan bersepadu  gas dan petrokimianya.
 
Hari ini, Aquasis Holdings memberi tumpuan kepada  kerja-kerja pemunggahan sebagai aktiviti utamanya berdasarkan  pengalaman  selama 20 tahun dalam bidang ini.

 Pn Mimi Rahmah, Pengerusi Eksekutif Aquasis Holdings (M) Bhd


Pn Mimi Rahmah
Pengerusi Eksekutif, Aquasis Holdings (M) Bhd
Prinsip Pelaburan
Semuanya bergantung kepada pilihan dan jenis pelaburan. Pertamanya, saya perlu menilai elemen peluang. Dalam membuat keputusan untuk  pelaburan saya, saya sentiasa mengambil kira sama ada peluang tersebut lebih banyak dari keupayaan atau tidak. Juga, saya akan melihat sama ada saya mempunyai kematangan untuk menilai peluang tersebut. Kebiasaannya, sebagai seorang usahawan, saya menganggap  peluang itu sebagai satu batu loncatan untuk menjadi lebih berjaya dan lebih berpengalaman dalam persekitaran dan pembangunan yang bersaingan, membolehkan saya merancang untuk projek masa depan.

Prinsip saya adalah mudah. Pertamanya, tidak mudah mengalah. Sentiasa “bangun bila terjatuh”. Jika anda tidak mengalah, anda akan mempunyai lebih banyak peluang  untuk berjaya. Keduanya, yang merupakan kunci kejayaan ialah saya selalu percaya bahawa “kegagalan saya adalah kejayaan yang datang kemudian”. Saya mungkin gagal sekarang, tetapi jika saya terus berusaha,saya mungkin berjaya di masa hadapan.

Mengapa memilih Pahang?
Pertamanya, industri yang saya mahir wujud di Pahang, tentunya dengan bantuan dari PKNP. Keduanya, saya dilahirkan di Pahang dan sebagai orang tempatan yang bekerja dengan syarikat tempatan, tentunya ada kelebihan tersendiri. Saya berbangga dengan negeri kelahiran saya dan kerana semangat patriotik saya sangat kuat, saya memindahkan kilang saya dari Pasir Gudang, Johor Baru ke Kerteh, Terengganu untuk sementara dan akhirnya ke Gebeng, Kuantan.

Sumber di Gebeng adalah banyak walaupun di peringkat permulaan kami terpaksa mendapatkan khidmat luar dari Gebeng. Apabila kawasan ini dibangunkan, terdapat semakin banyak sumber mahir terutamanya dengan kemunculan pusat-pusat latihan khusus seperti VMP, Politeknik, PSDC, SIRIM, ILP - yang membekalkan pelajar dalam latihan yang boleh diserapkan terus ke dalam industri berdasarkan pengalaman pelajar dalam bidang yang mereka ceburi ketika latihan amali.

Bagaimana PKNP membantu Aquasis Holdings?
PKNP telah membantu kami dengan memberikan lokasi yang strategik, termasuklah skim pembayaran mudah untuk pembelian tanah ketiga kami. Ia merupakan lokasi yang strategik dari segi suasana rangkaian perniagaan yang bagus yang menggalakkan lebih banyak perniagaan. Semua ini telah banyak mengurangkan kos pemasaran kami.

Dan disebabkan kami terletak di kalangan kelompok kompleks petroleum dan sebagai salah satu daripada perintis di sini, ia telah membantu kami mendapat pelanggan kerana selalunya mereka  sebolehnya akan  mencari kontraktor yang paling hampir, sebelum mencarinya di luar Gebeng. Memandangkan Aquasis Holdings adalah pembekal yang paling hampir dengan mereka, kami mampu memenuhi permintaan mereka dengan baik sekali. Apabila pelanggan berpuas hati, ia akan membantu menyebarkan nama baik kami kepada syarikat lain dan ini menambahkan lagi peluang kami untuk mengukuhkan keadaan kami di sini.


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution