Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Eco Tower Sdn Bhd


Print Email

Eco Tower Sdn Bhd (Eco Tower), pembuat menara angin milik bersama pelabur persendirian dari Malaysia dan Singapura serta beberapa pelabur asing yang lain, berhasrat untuk melabur didalam loji pengilangan yang baharu di Kawasan Perindustrian Gebeng. Kilang baharu tersebut akan mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 800 menara angin setahun untuk pasaran antarabangsa. 
Apabila ia siap dibangunkan, kilang yang terletak di tanah seluas 21.8 hektar (53.96 ekar) akan mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan  menara, bebibir ( flange) dan struktur  nasel (nacelle structures)
 
Kilang tersebut juga bakal menyediakan lebih 500 peluang pekerjaan tidak termasuk  kerja perundingan dan kontrak. Ia juga akan menyediakan satu landasan bagi permulaan perusahaan kecil dan sederhana (EKS) untuk melabur di dalam tenaga boleh diperbaharui secara perikatan strategik atau pempelbagaian. Kilang tersebut dijadualkan beroperasi pada  pertengahan  tahun 2010 dan dijangkakan memulakan  pengeluaran pertamanya pada suku pertama 2011.
En. Joseph Lim, CEO Eco Tower Sdn Bhd

En. Joseph Lim
Ketua Pegawai Eksekutif, Eco Tower Sdn Bhd


Mengapa memilih Malaysia?
Mengapa tidak? “Malaysia mempunyai  perjanjian perdagangan bebas dengan China, tiada bezanya jika anda mendirikan kilang sama ada di Malaysia atau di China. Jika anda mendirikan kilang di Malaysia, anda masih boleh membuat penghantaran ke China secara bebas cukai; dan dari Malaysia ke negara ASEAN yang lain juga bebas cukai,” jelas Ketua Eksekutif Eco Tower, En. Joseph Lim. Beliau juga menambah bahawa lebih mudah untuk membuat penghantaran ke Amerika dan Eropah jika mendirikan kilang di Malaysia. 

Mengapa memilih Pahang?
Kami  memilih Pahang  berdasarkan beberapa sebab. Yang utama sekali ialah kerana kemudahan yang ditawarkan oleh tempat ini dari segi infrastrukturnya yang mantap dan pelabuhan laut dalam yang efisien, sekali gus mewujudkan suasana perniagaan yang baik. Satu lagi sebab ialah terdapat banyak pekerja mahir dan berpengetahuan di sini terutamanya di dalam industri ini yang selari dengan konsep Eco Tower untuk menggaji pekerja tempatan seramai yang boleh untuk mengoptimumkan kos.
 
Satu lagi sebab yang ketara kenapa kami memilih lokasi  ini  berbanding dengan lokasi industri yang lain di Malaysia ialah kerana insentif yang banyak yang disediakan oleh Kerajaan sama ada dari segi galakan cukai, manfaat taraf perintis dan banyak lagi.
 
Bagaimana PKNP membantu Eco Tower?
Apabila Eco Tower mula-mula sampai di Pahang, PKNP telah membantu kami dalam keadaan apa pun dengan menunjuk ajar setiap langkah yang perlu untuk menyiapkan kertas kerja. Dan mereka melakukannya dalam masa yang singkat dan kami mampu menyediakan pejabat kami untuk beroperasi lebih awal dari yang kebiasaannya.
 
Bertindak sebagai agensi sehenti yang profesional, PKNP telah membantu Eco Tower untuk mengisi borang yang betul seperti yang diminta oleh pihak berkuasa tempatan seperti Pejabat Tanah, kemudahan bekalan tenaga seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM) untuk talian telefon dan faksimile, Jabatan Bekalan Air Pahang untuk bekalan air dan banyak lagi. Bantuan sebegini telah menjimatkan masa Eco Tower untuk melengkapkan borang yang betul untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan tertentu. Lebih mengejutkan, PKNP masih lagi membantu kami dari masa ke semasa walaupun kami telah beroperasi - mereka memanggilnya sebagai  “khidmat lepas jualan”.

Eco Tower Sdn Bhd
Lot 128, Jalan Gebeng 2/1
Kawasan Perindustrian Gebeng
26080 Kuantan
Contact Person: Mr. Sundara Moorthy Varadhan, General Manager
Tel:09-5833668.
Fax:09-5833778.


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution