Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Flexsys Chemicals (M) Sdn Bhd


Print Email

Mr Soo Lik-Heng, Pengurus Tapak, berkingsi bagaimana Flexsys (M) Sdn Bhd menjadi sebahagian penting di dalam komuniti Kawasan Perindustrian Gebeng. 
 
Flexsys Chemicals (M) Sdn BhdPrinsip Pelaburan
“Memandangkan jenis pelaburan kami ialah pembuatan, terdapat banyak komponen yang perlu diambil kira,” kata Encik Soo Lik-Heng, Pengurus Tapak bagi Flexsys Chemical (M) Sdn Bhd ( Flexsys Chemical).
 
“Jika kita fokus ke tahap mikro, untuk menghasilkan produk yang betul untuk pelanggan, ianya memerlukan komponen yang betul – bekalan dan perolehan bahan mentah, penyelenggaraan kilang, menaik taraf dan mengawal kilang, kawalan kualiti, penghantaran produk ke Pelabuhan Kuantan dalam masa yang ditetapkan, mendapatkan kapal yang betul untuk sampai ke tempat pelanggan di masa yang tepat - semuanya merupakan komponen yang sangat penting. Dan semua itu tidak akan berlaku jika kita tidak mempunyai pekerja yang sesuai.
 
“Di Flexsys Chemical, ia berbalik kepada pekerja, budaya kerja, lokasi kilang dan negara – semuanya adalah penting kepada kami kerana ia mencerminkan kecekapan kilang itu sendiri. Kami juga menekankan akan pentingnya bersikap terbuka supaya pekerja kami  boleh berbincang apa sahaja secara terbuka. Suasana kerja, ia hampir sama dengan sudut pandangan projek – dari pembelian tanah untuk perancangan projek hingga ke pelaksanaan projek – semuanya dilakukan di antara pekerja dengan pekerja.
 
“Di peringkat makro, ia bersangkutan dengan  suasana pelaburan. Lokasi yang kami rancang mestilah stabil dari segi politik, ekonomi yang kukuh, pelaksanaan undang-undang mestilah stabil (kurang penukaran). Undang-undang di Malaysia adalah tegas dan boleh ditafsirkan sama rata  oleh semua orang. Disamping itu, kos haruslah ditahap minima untuk memastikan harga kompetitif agar dapat mengukuhkan kedudukan kami di Asia Tenggara.
 
Mengapa memilih Pahang?
Faktor utama ialah terdapat kawasan perindustrian yang sedia ada di Pahang iaitu Gebeng. Kehadiran banyak syarikat antarabangsa yang berjaya di Gebeng menggambarkan infrastruktur tempat ini, kecekapan pelabuhannya, bekalan tenaga - dibandingkan dengan kawasan industri  baru.
Tambahan pula, disebabkan sokongan dari Kerajaan Negeri, Kumpulan Pemilihan Tapak Flexsys Chemicals telah diperkenalkan kepada Gebeng dengan begitu meyakinkan sebagai tapak kilang yang berpotensi. Cara ini telah memenangi hati ahli kumpulan pemilihan tapak.
 
Terdapat keseimbangan yang bagus diantara kerja dan kehidupan di Pahang. Terdapat banyak pantai yang indah di sekitarnya dan beberapa bandar yang teratur. Ini adalah elemen penting yang membantu Flexsys Chemicals membina kilangnya di sini kerana syarikat mengambil berat akan pekerjanya. Di Flexsys Chemicals, ia tidak sepatutnya hanya bekerja tanpa hiburan. Ke mana pekerja pergi bersantai adalah penting untuk merehatkan minda mereka dan berasa segar bila kembali bertugas keesokan hari.  
 
Satu lagi faktor yang penting ialah peluang untuk meluaskan tapak di Gebeng. Pahang mempunyai  tanah yang boleh dibangunkan yang syarikat fikirkan sebagai satu peluang untuk mengukuhkan kehadirannya di Asia Tenggara.
 
Bila Flexsys Chemicals ditubuhkan di Pahang?
Ditubuhkan pada tahun 1988, kami memulakan pembinaan di suku pertama tahun 2000. Pengeluaran diperkemas pada suku keempat 2001. Syarikat kami, seperti loji kimia yang lain bermula dengan kumpulan sumber manusia. Selepas itu, kumpulan projek pula menyertai kami diikuti oleh kumpulan pengurusan. Sebaik sahaja kumpulan teknikal diambil bekerja, mereka terus dihantar ke Amerika untuk latihan amali. Akhir sekali kami mengambil penyelia dan operator. Tetapi kami melabur semula untuk mendapat lebih keupayaan. Pelaburan tersebut ialah meningkatkan tahap keselamatan kilang menjadikan kilang ini sebagai tempat kerja yang selamat. Kami berterima kasih kepada moto korporat, budaya kerja di sini sentiasa “Jangan berpuas hati dengan keadaan yang sedia ada, sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki”.
 
Hari ini, Flexsys Chemicals di Kawasan Perindustrian Gebeng adalah loji satu unit yang terbesar dari segi saiz dibandingkan dengan loji Flexsys Chemicals yang lain di seluruh dunia.
 
Bagaimana PSDC membantu Flexsys Chemicals?
PKNP telah banyak membantu kami dari segi perolehan tanah. PKNP banyak menyokong kami untuk mendapatkan apa yang kami miliki hari ini. Dengan tunjuk ajar dari PKNP, banyak kertas kerja dapat disiapkan dalam masa yang singkat.
 
PKNP juga telah membantu kami untuk mendapatkan bekalan air dan tenaga dengan cepat dan tidak terlalu menonjol – kerana kami tidak perlu menghabiskan banyak masa berunding mengenai terma dan syarat kerana kebanyakan pakej standard telah disediakan oleh PKNP bagi pihak kami.
 
Sebab itulah hari ini kami bercadang untuk membesarkan kilang kami di Gebeng kerana kami percaya bahawa kami akan mendapat khidmat profesional yang sama dari PKNP yang telah kami alami sepanjang berada di sini.


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution