Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Alam Semula Jadi dan Pengembaraan


Print Email

Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, sangat kaya dengan pelbagai tarikan. Hampir dua pertiga negeri ini diliputi hutan hujan menjadikannya satu enklaf yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan hiijau yang mengagumkan, hidupan liar yang eksotik serta tarikan alam semula jadi yang pelbagai.

Taman Negara
Taman Negara, yang nama asalnya adalah King George (V) National Park, ialah salah satu hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semula jadinya merupakan sesuatu yang luar biasa, menjadikannya salah satu daripada ekosistem dunia yang paling kaya dan kompleks.
Antara aktiviti yang popular di Taman Negara ialah aktiviti bersampan di sungai dan merentas hutan.  Berjalan di kanopi juga satu aktiviti yang patut dicuba. Ia menyajikan satu pemandangan jarak dekat yang menarik akan kegiatan di hutan hujan ini. Satu cara lagi untuk memerhati hidupan liar ialah menerusi pondok pemerhatian yang tersembunyi. Pondok ringkas dibina di atas kawasan tinggi membolehkan pelawat bermalam untuk mengambil peluang memerhati hidupan liar di habitat semulajadi mereka. Eksplorasi gua juga sesuatu yang patut dicuba sama ada menggunakan bot atau berjalan kaki.
      
Endau Rompin
Endau Rompin, terletak di sempadan Johor dan Pahang meliputi kawasan seluas 80,000 hektar  yang kaya dengan flora dan fauna yang eksotik dikelilingi legeh sungai Endau dan Rompin, yang namanya berasal dari sini. Perkampungan Orang Asli merupakan pintu masuk ke taman ini.
Terdapat banyak tempat-tempat menarik di sekitar Taman Negara Endau-Rompin. Anda boleh lawati:

  • Padang Tujuh: Kawasan pokok-pokok bonsai
  • Sungai Kinchin dan Sungai Kemapan: Antara kawasan memancing yang terbaik di Malaysia
  • Air Terjun Mahkota: Air yang melata setinggi 50 meter sangat sesuai untuk berkelah
  • Air Terjun Upih Guling dan Air Terjun Buaya Sangkut: Air tejun setinggi 40 meter dengan pemandangan yang menakjubkan, tasik yang tenang serta formasi batu yang mempersonakan
  • Gua Kelapa Gading: Terletak di ketinggian 25 meter di  tengah-tengah air terjun

 
Tempat Perlindungan Gajah Kuala Gandah
Tempat perlindungan gajah Kuala Gandah memberi peluang yang menarik untuk mendekati gajah Malaysia. Anda boleh menunggang dan memberi makan gajah-gajah tersebut serta mandi bersama mereka!
      
Taman Rimba Kenong
Taman Rimba Kenong terletak di sebelah barat daya Taman Negara. Di kawasan taman ini terdapat gua batu kapur yang sangat hebat. Penjelajahan gua ialah satu aktiviti sukan yang popular. Anda juga boleh menyusur di sepanjang Sungai Kenong untuk menikmati pemandangan yang menarik di sini.
 
Jeram Besu
Jeram Besu ialah antara lokasi terbaik untuk aktiviti redah jeram di negara ini. Ianya juga menawarkan aktiviti pengembaraan sungai serta penjelajahan gua dan abseiling.
    
Terdapat tarikan alam semula jadi serta pengembaraan lain di negeri Pahang seperti Taman Pertanian (Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Semuji Agro Resort, Tekam Plantation Resort), Air Terjun (Air Terjun Chamang, Air Terjun Sungai Pandan), Tasik (Tasik Chini, Tasik Bera, Empang Jaleh), Taman Semulajadi (Taman Gunung Tapis, Pusat Pelindungan Liar Krau), Gua (Gua Charas, Gua Gunung Senyum) dan Taman Haiwan (Pusat Pembiakan Seladang & Rusa Jenderak).


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution