Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Telekomunikasi


Print Email


Rangkaian telekomunikasi Malaysia telah melalui peningkatan dan pengembangan yang banyak sejak beberapa tahun yang lalu. Hari ini, teknologi digital dan optik gentian digunakan untuk memberi perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti tinggi. Infrastruktur telekomunikasi negara ini dan harga bersaingan menawarkan kadar  yang rendah untuk pelabur.

Malaysia dihubungkan ke dunia luar melalui pelbagai gentian optik dan konsortium satelit seperti FLAG, SE-MA-WE, APCN, China-US, Japanese-US, Measat and Intelsat. Untuk membantu permintaan yang semakin banyak untuk jalur lebar, teknologi medium dan atasan seperti IDSL,VPN dan ATM sedang giat dipasang di seluruh negara. (Sumber: MIDA)

Di Malaysia, pelanggan telefon boleh memilih dari lima penyedia perkhidmatan rangkaian untuk tempatan, domestik dan antarabangsa yang meliputi kemudahan suara dan data. Terdapat enam penyedia perkhidmatan Internet dan lima perkhidmatan telekomunikasi dan kemudahan rangkaian yang lain untuk menyokong perkhidmatan domestik dan antarabangsa sepenuhnya termasuklah telekomunikasi mudah alih.

Perkhidmatan Telefon Talian Tetap Asas

Caj Pendahuluan

Jenis Pemilikan Jumlah (RM)
Pemilikan Tunggal 200
Perkongsian (cth: Enterprise) 300
Sendirian Berhad (cth: Sdn Bhd) 400
Berhad (cth: Bhd) 500

Caj Sewa

Kapasiti Talian Pertukaran Kadar Bulanan Perniagaan Semenanjung Malaysia (RM)
Melebihi 1000 Talian 45
501 - 1000 Talian 45
500 Talian atau kurang 20
 
Caj Panggilan
 
DAIL TERUS ANTARABANGSA Setiap Minit (RM)
Australia
German
Jepun
Taiwan
United Kingdom
USA
0.90
1.80
1.80
2.40
0.90
0.90

 
Caj-caj lain
Caj-caj lain termasuklah duti setem, pemasangan dan pendawaian. Yuran adalah bergantung kepada penyedia telekomunikasi masing-masing. Caj dikenakan adalah antara RM10 hingga RM50.

Kemudahan Internet di Pahang di Masa Hadapan
Kuantan, Pahang telah bersedia menjadi bandar pertama di Malaysia menggunakan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dengan capaian terbuka. Di penghujung 2010, dijangkakan 30,000 rumah dan pejabat dapat menggunakan kemudahan jalur lebar berkuasa tinggi dengan kelajuan antara 30Mbps hingga 100Mbps melalui pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan tersebut.

Laman Web berguna:


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768