Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

PKNP sebagai Agensi-Sehenti


Print Email

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) beroperasi sebagai agensi perkhidmatan sehenti beroperasi untuk mewujudkan dan meningkatkan iklim pelaburan yang menarik kepada bakal pelabur dan pelabur sedia ada. Bertindak sebagai pemangkin dan memainkan peranan penting dalam membentuk pertumbuhan ekonomi Pahang, PKNP mempromosi pelaburan asing, memudahkan proses permohonan para pelabur, menyediakan bantuan teknikal dan khidmat nasihat selain melaksanakan aktiviti mempromosi.
 
Bagaimana PKNP membantu para pelabur:


 Sebagai salah satu tunggak utama dalam pembangunan ekonomi negeri, PKNP berperanan dalam pembangunan perindustrian iaitu ke arah meningkatkan pertumbuhan industri tambah nilai tinggi dengan menggunakan teknologi maju dan mempelbagaikan ke dalam sektor pembuatan menguntungkan dan produktif.
 
Dengan kejayaan di dalam usahanya, PKNP telah membantu banyak syarikat-syarikat multinasional berkembang dan meluaskan asas perindustrian mereka di Pahang. Kini PKNP meneruskan agendanya untuk mengiatkan pembangunan melalui peruntukan dan menaik taraf logistik serta kemudahan infrastruktur tempatan.

Hari ini, pelabur berpotensi dan sedia ada boleh menghantar permohonon lesen perniagaan mereka secara 'online' melalui Sistem Sokongan Elektronik Pelesenan Perniagaan (BLESS) bagi mempercepatkan proses permohonan tersebut.


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768