Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Panduan Perniagaan Di Pahang


Print Email

Pendaftaran Syarikat
Di Malaysia, semua perniagaan perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Agensi ini bertanggungjawab atas pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan dan menyediakan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Pemerbadanan dan pendaftaran ini adalah penting kerana kebanyakan bank memerlukan sesebuah perniagaan didaftarkan sebelum mereka membuka akaun perniagaan untuk anda.

Perniagaan boleh didaftarkan sebagai:
  1. Pemilikan Tunggal: sebuah perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik
  2. Perkongsian: sebuah perniagaan dimiliki oleh 2 orang atau tidak lebih daripada 20 rakan kongsi
Pelabur-pelabur yang merancang untuk memulakan perniagaan mereka di Pahang boleh mendapatkan maklumat lengkap akan peraturan-peraturan ini daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Rujuk kepada: Jadual Pembayaran untuk Memulakan Perniagaan (PDF: 65kb)
 
Perkhidmatan Setiausaha Syarikat
Para pelabur akan memerlukan perkhidmatan setiausaha syarikat untuk membantu dalam pendaftaran dan pemerbadanan syarikat, dan untuk memastikan bahawa syarikat menjalankan perniagaannya dengan mematuhi Akta Syarikat, 1965. Perkhidmatan kesetiausahaan disediakan dengan yuran (yuran profesional atau perkhidmatan), namun, pelabur perlu memastikan firma setiausaha syarikat adalah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
 
Syarat Tanah Perindustrian
Untuk membina loji atau kilang di Pahang, pelabur perlu mengenal pasti kawasan perindustrian yang sesuai untuk menubuhkan perniagaan mereka. Oleh itu, perkara-perkara berkaitan dengan pengambilan tanah, pajakan, permit dan lain-lain yang berkaitan dengan penggunaan tanah perlu dirujuk kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri.

Pelabur boleh merujuk kepada kawasan perindustrian individu untuk harga pajakan tanah.
Rujuk kepada: Borang Peraturan Tanah Pahang (PDF: 54kb)
 
Pengambilan Pekerja
Penubuhan sesebuah perniagaan memerlukan pengambilan pekerja pelbagai kemahiran, kebolehan dan latar belakang pendidikan. Pengambilan pekerja datang dengan kewajiban undang-undang dan etika. Tanggungjawab para pelabur termasuk:
  1. membayar pekerja sekurang-kurangnya pada kadar gaji minima
  2. memelihara persekitaran kerja yang selamat dan bebas daripada gangguan atau diskriminasi
  3. menyumbang (bagi kedua-dua bahagian pekerja dan majikan) kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk faedah persaraan pekerja
  4. menyumbang (bagi kedua-dua bahagian pekerja dan majikan) kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk melindungi pekerja daripada kemalangan industri 

Caruman adalah wajib di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991.

Umur Pekerja Caruman Majikan Caruman Pekerja
55 tahun dan kurang Minima 12% daripada gaji bulanan pekerja Minima 8% daripada gaji bulanan pekerja
55 - 75 tahun Minima 6% daripada gaji bulanan pekerja Minima 5.5% daripada gaji bulanan pekerja

Pekerja asing dan expatriat serta majikan mereka dikecualikan daripada caruman wajib. Bagaimanapun, mereka boleh memilih untuk mencarum mengikut kadar berikut:

Umur Pekerja Caruman Majikan Caruman Pekerja
55 tahun dan kurang RM5.00 (US$1.39) setiap pekerja sebulan 8% daripada gaji bulanan pekerja
55 - 75 tahun RM5.00 (US$1.39) setiap pekerja sebulan 5.5% daripada gaji bulanan pekerja

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
 
Majikan perlu mendaftar dengan KWSP di mana-mana cawangan KWSP dengan melengkapkan borang permohonan dan menyerahkan dokumen berkaitan. Pendaftaran KWSP tidak boleh dibuat secara online tetapi borang pendaftaran (Borang KWSP 1) boleh dimuat turun di laman web KWSP.


Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Majikan perlu mendaftar mana-mana pekerja yang gaji bulanan adalah kurang daripada RM3,000 (US$834) dan menyumbang untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tanpa mengira status pekerjaan pekerja sama ada tetap, sementara, atau tidak rasmi.
 
PERKESO mentadbir dua jenis skim pelindungan sosial:
  • Skim Insurans Bencana Pekerjaan: memberl perlindungan kepada para pekerja daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan
  • Skim Pencen Ilat: menyediakan perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab
Majikan perlu untuk daftar dengan melengkapkan borang permohonan dan menyerahkan dokumen berkaitan. Pendaftaran dengan PERKESO tidak boleh dibuat secara online tetapi borang pendaftaran boleh dimuat turun di laman web PERKESO.
 
Maklumat Lanjut:
 
Maklumat Berkaitan dengan Panduan Perniagaan di Pahang:


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768