Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Melabur di Pahang


Print Email

Pahang, melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), kini bersedia menjadi agensi peneraju untuk mempromosikan perniagaan dan kegiatan pelaburan melalui usaha dan program berterusan di dalam usaha menarik pelabur dan pelaburan baru ke negeri ini. Tujuannya adalah untuk menarik pelabur dan pelaburan baru ke kawasan-kawasan yang baru berkembang di dalam negeri ini terutamanya di dalam sektor perindustrian dan perkilangan.
 
Objektif Pembangunan
  • Untuk mempromosikan Pahang sebagai daya tarikan utama untuk pelaburan di Malaysia;
  • Untuk memperluaskan pangkalan industri Pahang, dan kepelbagaian kegiatan industri;
  • Untuk menyokong penciptaan BCIC (Bumiputra Commercial & Industrial Community);
  • Untuk meningkatkan sumbangan sektor perkilangan terhadap KDNK Negara.
Strategi-Strategi
  • Memperluaskan pangkalan industri dengan menggalakkan pertumbuhan industri besar dan menyediakan kemudahan sokongan untuk melengkapkan Perbandingan Kebaikan;
  • Mengembangkan kawasan industri di bawah Koridor Pembangunan Nasional dengan memberikan penekanan kepada Pendekatan Pembangunan Kelompok;
  • Menambahbaik perkhidmatan infrastruktur untuk menyokong pertumbuhan industri, dan mempergiat promosi pelaburan dan mengarahnya ke arah kumpulan sasaran dari industri besar dan meningkatkan kerjasama serantau.
Pendekatan
  • Mempromosi Kawasan Industri dan Peluang Industri;
  • Menghasilkan iklim pelaburan yang sangat baik untuk pelaburan tempatan dan asing;
  • Mendorong kegiatan perniagaan kecil dan sederhana.
Perbandingan Kebaikan
  • Ketersediaan Kawsan Industri;
  • Kos Pekerja dan sumber Tenaga Kerja Terlatih kompetitif;
  • Infrastruktur unggul;
  • Pelbagai Insentif Kerajaan;
  • Sokongan Kumpulan Berpengalaman dan Profesional.


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768