Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

UDA, Pasdec Maju Tanah


Print Email

UDA Holdings Bhd dan Pasdec Corp Sdn Bhd anak syarikat milik penuh Pasdec Holdings Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk melaksanakan pembangunan komersial di kawasan seluas 60 hektar di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Pengerusi Uda Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tanah berkenaan akan dimajukan pada skala komersial.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak masih meneliti dan mengkaji bentuk pembangunan yang sesuai untuk kawasan itu.

“Kami juga meninjau membina pusat latihan sekiranya projek itu tidak mewujudkan nilai komersial dengan pembayaran balik segera memandangkan kami bekerjasama dengan Pasdec yang bertanggungjawab dalam pembangunan negeri Pahang,” katanya selepas majlis menandatangani MoU yang diadakan di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang yang juga Pengerusi Pasdec, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Nur Jazlan berkata, adalah menjadi hasrat syarikat untuk berkongsi kepakaran, pengalaman dan maklumat serta sumbangan kepada peningkatan sosio ekonomi penduduk tempatan apabila projek itu dilaksanakan.tu dilaksanakan. “Kerjasama ini dipercayai sebagai permulaan bagi usaha sama antara UDA dan Pasdec dan diharapkan selepas ini, UDA akan diberikan kepercayaan untuk terbabit secara terus dalam projek pembangunan lain di Pahang,” katanya.

Tanah yang akan dibangunkan itu terletak dalam kawasan Bukit Tinggi iaitu kira-kira 40 kilometer dari Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro Online (01 Oktober 2011)


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768