Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

AIM Cadang Tubuh Akademi Usahawan


Print Email

TEMERLOH, 10 Okt (Bernama) -- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merancang menubuhkan sebuah akademi usahawan untuk melatih usahawan niaga yang dilahirkan oleh agensi berkenaan.

Pengerusi AIM Datuk Amir Hamzah Ahmad berkata akademi tersebut akan memberi latihan serta kursus yang lebih bersistematik agar dapat melahirkan usahawan AIM yang maju serta berdaya saing.

Setakat ini, AIM berjaya melahirkan lebih 200,000 usahawan dan 20 usahawan jutawan, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata walaupun sebahagian besar mereka kini berjaya menjalankan perniagaan dengan modal permulaan RM2,000 tetapi langkah yang lebih tegas dan komprehensif perlu dilakukan supaya mereka lebih maju dan mencapai matlamat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan.

Peruntukan RM100 juta kepada AIM yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat lepas membolehkan lebih ramai golongan miskin daripada kaum Melayu, Cina dan India membuat pinjaman untuk menjalankan perniagaan masing-masing, katanya.

Amir Hamzah berkata peminjam AIM merupakan antara yang terbaik melunaskan pinjaman berbanding peminjam institusi kewangan lain.

"Kira-kira 100,000 peminjam AIM mendapat pinjaman hampir RM800 juta tahun lepas dan 99.8 peratus daripadanya melunaskan pinjaman itu mengikut jadual," katanya.

Beliau berkata sejak penubuhan AIM pada 1987 hingga kini, agensi itu telah pun mengeluarkan pinjaman lebih RM5 bilion kepada lebih 287,000 sahabat AIM di seluruh negara.

Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768