Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Malaysia Berpotensi Jadi Peserta Halal Global Utama, Kata Mustapa


Print Email

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Malaysia berpotensi menjadi peserta nombor satu dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan makanan Halal global, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata Malaysia telah membuktikan keupayaannya dalam banyak bidang industri Halal, dan ia juga boleh mengulangi kejayaan itu dalam industri makanan Halal.

Malaysia sangat berjaya dalam industri Perbankan dan Kewangan Islam dan kini sudah sampai masanya untuk menumpukan dalam bidang industri lebih besar lain, katanya kepada pemberita di sini, Rabu, selepas melancarkan Halal Fiesta (HALFEST) 2011 yang julung-julung kalinya diadakan.

Bagaimanapun, negara tidak boleh mendapatkan status nombor satu itu dalam waktu yang singkat, sambil menyatakan dalam perbankan Islam, negara mengambil masa lebih 20 tahun untuk berada di kedudukan nombor satu.

"Itulah sebabnya mengapa kerajaan dan institusi swasta melaksanakan Program Transformasi Industri Halal," katanya.

Bagi industri minuman dan makanan halal diproses, jumlah eksport Malaysia bernilai RM8.2 bilion tahun lepas dengan China, AS, Pakistan, Jepun dan Singapura menjadi destinasi eksport utama.

Mengenai program HALFEST selama lima hari itu, Mustapa berkata ia akan menjadi wadah yang sesuai bagi usahawan kecil dan sederhana tempatan untuk memperkukuh perniagaan mereka dan menggerakkan hala tuju perniagaan ke peringkat seterusnya.

Dengan 654 gerai pameran, penganjurnya, Halal Development Corporation menjangka mencatatkan urus niaga bernilai RM25 juta menerusi 60,000 pengunjung.

Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768