Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

"BOB" Bantu Kesan Pelanggaran Cap Dagangan Berdaftar - Ismail Sabri Yaakob


Print Email


KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini melancarkan "Basket of Brand" (BOB), sistem pangkalan data penyenaraian maklumat Pemilik Cap Dagangan Berdaftar, yang akan digunapakai dalam kes pelanggaran cap dagangan berdaftar termasuk cetak rompak.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata BOB akan diguna oleh kementerian bagi melaksanakan pendakwaan bersama-sama pemilik cap dagangan yang bekerjasama dalam penyelesaian siasatan kes berkaitan.

Beliau berkata dengan adanya BOB, kementerian dapat memberi keutamaan menyiasat dan membuat rampasan berdasarkan jenama berdaftar jika wakil cap dagangan bersetuju untuk hadir ke mahkamah dan membantu pendakwaan dengan bukti hak cipta.

Sebelum ini, katanya, kementerian berdepan masalah untuk mensabitkan kesalahan dalam kes berkaitan kerana tiada wakil cap dagangan yang dapat membuktikan bahawa barangan berkenaan adalah ciptaan mereka menyebabkan banyak kes dibuang oleh mahkamah.

"Ini berlaku kerana kita sukar mendapat kerjasama daripada pemilik hakcipta atau pemilik cap dagangan kerana mereka perlu tampil untuk membuat pengecaman serta mengemukakan dokumen sebagai bukti itu hakcipta mereka," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Penguatkuasaan Hak Harta Intelek di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Setakat ini, 74 jenama sudah berdaftar untuk diberikan keutamaan oleh kementerian bagi tujuan penguatkuasaan kes cetak rompak dan barangan tiruan.

Ismail Sabri berkata dari Januari hingga September tahun ini, sebanyak 457 kes cetak rompak dikesan melibatkan penyitaan barangan bernilai RM9.62 juta manakala sebanyak 1,015 kes dikesan melibatkan barangan tiruan dengan penyitaan berjumlah RM10.98 juta.

Mengenai premis penjualan barangan tiruan, beliau berkata kementerian menyasarkan untuk mengurangkan kira-kira 50 peratus jumlah premis sebagai Indeks Prestasi Utama (KPI) dalam membanteras kemunculan premis penjualan barangan tiruan di negara ini.

"Tahun lepas, kementerian mengurangkan 35.43 peratus bilangan premis kepada 297 premis berbanding 460 premis mengatasi KPI yang ditetapkan iaitu 30 peratus," katanya.

Mengenai konvensyen itu, Ismail Sabri berkata ia diadakan buat julung kali di negara ini untuk memberi penerangan mengenai isu-isu penguatkuasaan hak harta intelek.

Konvensyen sehari anjuran kementerian itu, disertai industri cakera optik, persatuan rakaman muzik dan filem, pemilik cap dagangan berdaftar, persatuan pengguna, pelajar institusi pengajian tinggi dan agensi-agensi penguatkuasaan.


Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768